Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Daya hidup orang asli di Royal Belum Gerik Perak ke arah generasi yang mapan

Mustafa, Nordhalia and Zainon, Othman and Amerudin, Shahabuddin (2015) Daya hidup orang asli di Royal Belum Gerik Perak ke arah generasi yang mapan. In: Seminar Pembangunan Modal Insan Kali Ke 7 dan Seminar Siswazah Kali Ke 2 (2015), 26 Nov, 2015, Kuala Lumpur, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Keprihatinan terhadap daya hidup masyarakat Orang Asli di Malaysia telah merangsang pelbagai program pembangunan dilaksanakan bagi pembangunan modal insan golongan ini, seterusnya dapat meningkatkan daya hidup Orang Asli dari pelbagai faktor antaranya dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya ke arah melahirkan generasi yang mampan dalam masyarakat orang Asli. Kita sedia maklum, Orang Asli merupakan komuniti yang mempunyai tahap kemiskinan yang tinggi malah hidup terasing dari arus pembangunan dan pemodenan negara. Situasi ini juga berlaku pada masyarakat Orang Asli di Royal Belum, Gerik Perak di mana mereka hidup dalam kemiskinan dan masih mengamalkan budaya tradisi bagi meneruskan kehidupan. Umumnya, komuniti Orang Asli di Royal Belum ini terdiri daripada suku kaum Jahai yang tinggal di dua buah kampung iaitu Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Kejar. Kertas kerja ini meninjau dan menilai prestasi daya hidup Orang Asli dengan melakukan kerja lapangan terhadap suku kaum Jahai di kedua-dua perkampungan. Metodologi kajian adalah menerusi kaedah temubual dengan penduduk Orang Asli (wakil) di setiap rumah bagi mengisi maklumat di dalam borang soal selidik yang disediakan dalam kajian ini. Di samping itu, perolehan data sekunder juga adalah penting dalam pendekatan ini di mana data tersebut diperoleh hasil kerjasama daripada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Bagi menilai daya hidup masyarakat Orang Asli di Royal Belum ke arah pembangunan modal insan, kajian ini tertumpu kepada beberapa faktor yang mempengaruhi daya hidup Orang Asli antaranya populasi penduduk, budaya gaya hidup, aktiviti ekonomi, dan kemudahan infrastruktur yang terdapat dalam penempatan mereka. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan beberapa dapatan penting bagi peningkatan daya hidup Orang Asli ke arah pembangunan modal insan yang mapan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:orang asli, Royal Belum
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:63257
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:30 May 2017 02:27
Last Modified:14 Aug 2017 07:16

Repository Staff Only: item control page