Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah

Yahaya, Azizi and Raja Abd Rahman, Raja Roslan and Saidun, Noraini (2008) Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah. In: Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah Dan Kesejahteraan Sosial, 18/8/2008-19/8/2008, Makhota Hotel Melaka. (Unpublished)

This is the latest version of this item.

[img]
Preview
PDF
147Kb

Abstract

Tingkatan Dua Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah. Seramai 280 orang responden yang dipilih adalah berdasarkan kaedah persampelan rawak kelompok di tujuh buah sekolah menengah sekitar daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kajian rintis telah dijalankan untuk melihat ketekalan dalaman dan kebolehpercayaan instrumen dengan menggunakan Alpha Cronbach. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan set soalan ini adalah 0.8172. Satu set borang soal selidik yang mengandungi bahagian A (demografi responden) dan bahagian B ( Soalan yang berkaitan pembolehubah ) telah digunakan. Data-data yang diperoleh diproses dan dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.0 ( Statistical Packages For Social Science ). Statistik deskriptif seperti frekuensi, min dan sisihan piawai digunakan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan berdasarkan beberapa pembolehubah yang ada dan yang paling dominan serta mengenal pasti tahap keberkesanan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah. Manakala statistik inferensi seperti Ujian-t telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan (p=0.702>α 0.05 ), kemahiran (p=0.099), sikap (p=0.359 ) dan pengajaran guru (p=0.534 > α 0.05 ) dengan jantina pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan guru adalah aspek yang paling dominan, berbanding aspek yang lain berdasarkan kesemua pembolehubah yang ada. Analisis korelasi Pearson pula telah digunakan untuk mengetahui hubungan kolerasi, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan, kemahiran, sikap dan pengajaran guru dengan keputusan peperiksaan akhir tahun KH tingkatan satu. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini. Antaranya ialah kajian dari segi peruntukan (Bahan dan alatan, ABM, bekalan Note book, bebanan kerja guru KH ) yang boleh meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah menengah di masa akan datang.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:katakunci: tahap pengetahuan, kemahiran, sikap, pengajaran guru, prestasi akademik pelajar sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang )
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6299
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Aug 2008 11:14
Last Modified:01 Jun 2010 15:41

Available Versions of this Item

  • Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah. (deposited 27 Aug 2008 11:14) [Currently Displayed]

Repository Staff Only: item control page