Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan dan cabaran yayasan pembangunan keluarga masa kini dan akan datang

Ahmad, Roslee and Mustaffa, Mohamed Sharif and Omar, Hasmadi and Wan Dagang, Wan Ismail (2008) Peranan dan cabaran yayasan pembangunan keluarga masa kini dan akan datang. In: Seminar Kaunseling Keluarga, 30 Ogos 2008, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
58Kb

Abstract

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 19 Mei 1997 dan mula beroperasi pada 1 Oktober 1997 telah berperanan untuk merangka dan merancang pelbagai program bertujuan untuk membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat terutama dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak berkaitan komunikasi dan cara-cara berkesan dalam membentuk institusi keluarga yang bahagia dan harmoni. Kertas kerja ini menfokuskan kepada peranan Yayasan Pembangunan Keluarga dalam pembinaan modal insan dan langkah yang diambil secara bersepadu dengan harapan dapat membantu mengurangkan masalah sosial di Negeri Johor, serta cabaran yang dihadapi dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Yayasan sedar bahawa melalui pembinaan istitusi keluarga yang mantap merupakan hospital yang paling berkesan untuk merawat dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit sosial. Beberapa cadangan dan penambahbaikan turut dikemukakan untuk diambil perhatian agar keberkesanan program yang bakal dilaksanakan berjaya memberikan kesan kepada semua pihak yang terlibat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6294
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:19 Sep 2008 05:40
Last Modified:01 Jun 2010 15:41

Repository Staff Only: item control page