Nordin, Mohd. Safarin and Saud, Muhammad Sukri (2006) Kemahiran visualisasi: Kemahiran kognitif tahap tinggi dalam pendidikan teknik dan vokasional. In: SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 2006, 10 Disember, 2006, Sofitel Palm Resort Senai, Johor .
|
PDF
181kB |
Abstract
Jurutera-jurutera berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan bahasa grafik. Kebolehan berkomunikasi melalui cara tersebut boleh diperolehi melalui pendidikan dan latihan khusus dalam pendidikan teknik dan vokasional. Oleh yang demikian, pendidikan teknik dan vokasional harus terus berusaha melahirkan bakal jurutera dan seterusnya menjana insan berkualiti melalui pendidikan yang berkualiti. Penggunaan bahasa grafik untuk berkomunikasi dalam bidang kejuruteraan memerlukan seseorang jurutera menguasai kebolehan menvisual iaitu menterjemahkan imej-imej mental dalam bentuk lisan ataupun grafik. Justeru, adalah sangat penting kemahiran visualisasi pelajar-pelajar kejuruteraan dibangunkan melalui pendidikan berkualiti. Hal ini kerana kemahiran tersebut merupakan antara komponen utama yang menjadi matlamat mana-mana kursus grafik kejuruteraan dan bidang kejuruteraan hari ini. Namun demikian, isu berkaitan kemahiran ini kurang menjadi isu perbincangan dalam sistem pendidikan teknik dan vokasional buat masa ini. Maka, fokus kertas kerja ini adalah membincangkan konsep kemahiran visualisasi dalam pendidikan teknik dan vokasional khususnya dalam kursus-kursus berkaitan geometri deskriptif. Konsep-konsep yang diutarakan seterusnya diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman semua pendidik tentang peri pentingnya kemahiran visualisasi dikuasai oleh pelajar-pelajar teknik dan vokasional untuk menjadi jurutera berpengetahuan, berkemahiran dan juga berkualiti. Perbincangan dimulakan dengan isu utama iaitu konsep kemahiran visualisasi dalam pelbagai cabang kejuruteraan serta kaitannya dengan psikologi kognitif. Seterusnya perbincangan mengenai kepentingan kemahiran visualisasi dan contoh aplikasinya dalam bidang kejuruteraan diutarakan. Akhir sekali, kertas kerja ini akan menghuraikan beberapa instrumen yang boleh diguna pakai bagi mengakses dan menilai tahap kemahiran visualisasi pelajar kejuruteraan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kemahiran kognitif, spatial, visualisasi, bahasa grafik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 6293 |
Deposited By: | Mr Mohd Safarin Nordin |
Deposited On: | 27 Aug 2008 08:36 |
Last Modified: | 11 Sep 2017 03:45 |
Repository Staff Only: item control page