Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaedah menangani kanak-kanak bermasalah tingkahlaku

Ahmad, Roslee and Sudirman, Salwan and Sumrah, Saadah (2008) Kaedah menangani kanak-kanak bermasalah tingkahlaku. In: Seminar Kaunseling Keluarga, 30 Ogos 2008, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
156Kb

Abstract

Masalah tingkahlaku di kalangan kanakkanak perlu diambil perhatian yang serius oleh semua pihak. Kebanyakan daripada perangai atau kelakuan adalah dipelajari. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk mendidik anakanak supaya dapat bertingkahlaku dengan baik seterusnya, mengurangkan masalah tingkahlaku di kalangan mereka. Tingkahlaku bermasalah dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah suatu keadaan yang biasa terjadi dalam kalangan kanakkanak dan remaja bermasalah, khususnya mereka yang mengalami masalah pembelajaran yang kritikal. Antara masalah tingkahlaku yang sering dialami oleh kanakkanak adalah seperti bertingkahlaku ganas, menentang dan tidak menurut arahan, bersikap terlalu bergantung dan suka mengelak serta bertingkahlaku pasif. Secara keseluruhan artikel ini membincangkan tentang jenisjenis dan klasifikasi tingkahlaku serta kaedah untuk menangani masalah kanakkanak bermasalah tingkahlaku sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang berbudaya, berobjektif serta mempunyai jati diri yang tinggi yang seharusnya perlu bermula pada peringkat usia kanakkanak bak kata pepatah “Mendidik anakanak bermula dari rebungnya�. Di harapkan artikel ini juga dapat menjadi rujukan dan panduan semua pihak untuk membantu mengatasi kanakkanak bermasalah tingkahlaku dalam kehidupan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6290
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:19 Sep 2008 07:05
Last Modified:08 Dec 2011 05:34

Repository Staff Only: item control page