Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ciri-ciri tekanan dan kaedah pengurusan tekanan dalam keluarga

Md Salleh, Akmalunnisak and Syed Mansor, Syed Mohamed Shafeq and Zainuddin, Suhaiza (2008) Ciri-ciri tekanan dan kaedah pengurusan tekanan dalam keluarga. In: Seminar Kaunseling Keluarga, 30 Ogos 2008, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
60Kb

Abstract

Tekanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang hidup berkeluarga. Dengan mengenali bentuk serta ciri-ciri tekanan ini maka kita dapat menentukan kaedah yang paling efektif untuk menangani atau menguruskanya. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menjadi penyebab berlakunya tekanan keluarga antaranya kurangnya interaksi antara anggota keluarga dalam menangani masalah, konflik nilai dan sikap ahli-ahlinya, faktor latar belakang dan sosioekonomi keluarga. Ciri-ciri mereka yang menghadapi tekanan pula antaranya ialah seseorang itu akan berasa letih, mempunyai masalah untuk tidur dan makan, sakit kepala atau rasa ingin pitam. Disamping itu mereka tidak dapat memberi tumpuan terhadap tugasan yang dibuat atau berhadapan dengan masalah, daya ingatan juga akan terganggu dan mempunyai masalah untuk mengingat kembali ahli-ahli keluarga dan tempat-tempat yang biasa dikunjungi. Seseorang itu juga akan berasa bersalah terhadap pengalaman lama dan berasa tidak upaya dan akan bersifat sensitif. Ia akan bermula dengan seseorang itu berasa ragu atau sangsi terhadap permilihan dan sikapnya akan berubah menjadi garang dengan emosi yang sering terganggu (Allen, 1998). Oleh itu beberapa kaedah telah dicadangkan untuk menguruskan tekanan keluarga. Pertama sekali ialah cuba untuk mengetahui masalah yang di hadapi oleh keluarga dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik dengan mencari masalah yang paling utama menerusi teknik berunding atau berbincang. Seterusnya belajar untuk mengatakan “tidak� bagi aktiviti yang kita tidak dapat laksanakan, mengamalkan cara hidup sihat seperti bersenam, makan makanan yang berkhasiat serta mengelakkan pengambilan alkohol.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6281
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:19 Sep 2008 06:59
Last Modified:01 Jun 2010 15:41

Repository Staff Only: item control page