Yahaya, Azizi and Suboh, Asmah and Zakariya, Zurihanmi and Yahaya, Fawziah (2005) Pengenalan psikologi kognitif. In: Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. PTS Publication, Pahang. ISBN 9833376010
|
PDF
24kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my
Abstract
Psikologi kognitif merupakan perspektif secara teori yang memfokuskan pada dunia persepsi pemikiran ingatan manusia. Ia menggambarkan pelajar sebagai proses maklumat yang aktif menyerupai metafora dunia komputer. Pada pandangan psikologi kognitif, cara pelajar menambahkan maklumat menentukan pencapaian tahap kefahaman mereka. Sebilangan konsep yang berkuasa telah muncul dalam psikologi kognitif dengan setiapnya menjelaskan pertimbangan kuasa pendidikan. Antara konsep-konsep ini termasuk skemata iaitu idea yang menggambarkan rangka kerja mental untuk pemahaman, pembentukan ingatan iaitu pandangan menyatakan pengetahuan adalah direka oleh pelajar apabila mereka menghadapi situasi baru dan tahap memproses iaitu tanggapan bahawa ingatan adalah keluaran sampingan dari proses maklumat yang dite rima. Disebabkan psikologi kognitif semakin berkembang dalam bentuk yang lebih matang, ia mula memasukkan pengaruh sosial dalam perkembangan kognitif, perhubungan antara kognisi dan motivasi, kesedaran diri, strategi kognitif dan perkembangan kepakaran subjek dalam bidang matematik dan sains.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 6257 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 24 Aug 2008 15:05 |
Last Modified: | 10 Aug 2017 07:08 |
Repository Staff Only: item control page