Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan indeks perlakuan melepak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Johor

Yahaya, Azizi and Raja Abd. Rahman, Raja Roslan and Gan, Lui Nam (2008) Pembinaan indeks perlakuan melepak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Johor. In: Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial, 18-19 Aug 2008, Mahkota Hotel Melaka.

[img]
Preview
PDF
68kB

Official URL: https://core.ac.uk/display/11782346

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti 1) faktor- faktor dominan (peranan ibu bapa, sekolah dan rakan) yang mempengaruhi perlakuan melepak 2) indeks perlakuan melepak di kalangan pelajar sekolah menengah 3) hubungan antara perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan dan 4) perbezaan antara perlakuan melepak dengan jantina, lokasi tempat kediaman, lokasi sekolah. Seramai 386 pelajar telah dipilih dari enam buah sekolah menengah negeri Johor. Satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian, iaitu latar belakang responden, faktor- faktor dominan dan tahap perlakuan melepak telah digunakan. Bahagian B dan C soalan soal selidik masing-masing mempunyai kebolehpercayaan α = 0.7675 dan 0.6047. Program SPSS versi 11.5 telah digunakan untuk menganalisis data. Statistik deskriptif (kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai) digunakan untuk menganalisis faktor-faktor dominan yang mempengaruhi perlakuan melepak dan tahap perlakuan melepak. Manakala Statistik inferensi seperti ujian-t digunakan untuk menganalisis perbezaan perlakuan melepak dengan jantina, lokasi tempat kediaman dan lokasi sekolah. Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan. Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa 1) indeks perlakuan melepak adalah 34.4 2) terdapat hubungan yang negatif antara perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan pada aras signifikan r = 0.01 3) tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara perlakuan melepak dengan jantina, lokasi sekolah, lokasi sekolah pada aras signifikan p = 0.05.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Indeks perlakuan melepak, peranan ibu bapa, peranan sekolah, peranan rakan sebaya
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6249
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Aug 2008 13:02
Last Modified:29 Aug 2017 01:34

Repository Staff Only: item control page