Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ke arah memperkasakan pendidikan ilmu astronomi dan falak syarie di Universiti Teknologi Malaysia

Zainon, Othman (2015) Ke arah memperkasakan pendidikan ilmu astronomi dan falak syarie di Universiti Teknologi Malaysia. In: Seminar Pembangunan Modal Insan Kali Ke 7 dan Seminar Siswazah Kali Ke 2 (2015), 16 Nov, 2015, Kuala Lumpur, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan sebuah universiti awam yang banyak melahirkan ilmuan dalam bidang Kejuruteraan Geomatik. Sumbangan pengajian ukur tanah kepada kemajuan ilmu astronomi dan falak syarie telah lama bermula sejak awal 1970an lagi. Lepasan graduan ukur tanah UTM yang berkhidmat di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara (JUPEM). Mereka terlibat secara langsung dengan aktiviti astronomi dan falak syarie di Malaysia seperti penentuan azimuth bagi garis dasar jaringan kawalan pemetaan, penetapan arah Qiblat, penyediaan data bagi pengiraan waktu solat, cerapan hilal dan sebagainya. Sungguhpun ilmu astronomi dan falak syarie amat penting kerana berkait rapat dengan urusan ibadah khusus umat Islam tetapi perkembangan pendidikannya agak terhad. Sebelum ini, graduan kejuruteraan geomatik tidak berpeluang mengikuti secara formal ilmu ini. Mereka sekadar memperolehi sedikit pendedahan ketika mengikuti subjek astronomi yang merupakan salah satu subjek teras dalam kurikulum sarjana muda kejuruteraan geomatik. Menyedari akan keperluan untuk memperkembangkan ilmu astronomi dan falak syarie, maka berdasarkan pengalaman kami dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam sains astronomi, kurikulum sarjana muda kejuruteraan geomatik telah diperkasakan dengan menawarkan kursus astronomi lapangan sebagai kursus teras wajib dan kursus falak syarie sebagai kursus pilihan. Selain itu, kami telah juga menawarkan kursus pendek dan bengkel secara separuh masa kepada pegawai-pegawai agensi lain dan orang ramai sejak tahun 1994 lagi. Namun, sejak tahun 2000 kursus-kursus ini tidak lagi menjadi pilihan orang ramai terutama masyarakat Johor amnya. Oleh itu, pihak Jabatan Geoinformasi, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, UTM telah menggorak langkah untuk memperkasakan semula pendidikan dan penyelidikan astronomi dengan mewujudkan semula Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan Astronomi dan Falak. Langkah awal penubuhan jawatankuasa ini akan bekerjasama dengan Jabatan Mufti Johor, Jabatan Pendidikan Johor dan Biro Teknologi Pendidikan Johor bagi memperkasakan semula aktiviti pendidikan dan penyelidikan astronomi dan falak di negeri Johor.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:ilmu, astronomi, falak syarie
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:62306
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:30 May 2017 02:25
Last Modified:22 Aug 2017 07:48

Repository Staff Only: item control page