Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Teknologi e-Quran dalam meningkatkan penguasaan tajwid dalam kalangan murid tahun 3 sekolah kebangsaan

Razali, Khairiah and Sihes, Ahmad Johari (2015) Teknologi e-Quran dalam meningkatkan penguasaan tajwid dalam kalangan murid tahun 3 sekolah kebangsaan. In: Interdisciplinary ICT Practise Conference 2015 (Persidangan Amalan ICT Antara Disiplin), 24 Feb, 2015, Perak, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.iipcpuo.org/2015/author/tentatif.php

Abstract

Artikel ini mengupas tentang teknologi e-Quran dalam Pendidikan Islam iaitu dari sudut keperluan kurikulum masa kini dan kaedah mempelajari Tajwid menggunakan teknologi dari segi hukum dan amalan pelaksanaan yang diharuskan. Matlamat utama kajian adalah untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah penguasaan tajwid murid melalui pembelajaran maya al Quran. Kepentingan kajian ini dilakukan untuk memastikan objektif pelaksanaan kurikulum standard tercapai menerusi pembelajaran maya sepertimana yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Gabungan kaedah yang digunakan adalah eksperimen kuasi dan analisis kualitatif temu bual kumpulan fokus. Hasil kajian mendapati, teknologi e-Quran membantu meningkatkan penguasaan tajwid dalam kalangan murid sekolah kebangsaan. Penemuan penting melalui kajian ini ialah, pengajaran guru melalui kaedah Talaqqi Musyafahah melalui penggunaan teknologi e-Quran boleh dilaksanakan berdasarkan teknik tertentu tanpa melanggar hukum agama.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:e-Quran, e-pembelajaran, kurikulum pendidikan Islam
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions:Education
ID Code:61802
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:26 Apr 2017 06:53
Last Modified:21 Aug 2017 06:31

Repository Staff Only: item control page