Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan, proses kerja & tanggungjawab kaunselor di jabatan agama islam dalam menangani masalah kekeluargaan

Ahmad, Norhayati and Ahmad, Roslee and Mansor, Norhudayati and Mohd Noor, Sulaiman Shakib (2008) Peranan, proses kerja & tanggungjawab kaunselor di jabatan agama islam dalam menangani masalah kekeluargaan. In: Seminar Kaunseling Keluarga, 30 Ogos 2008, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
58Kb

Abstract

Jabatan Agama dikenal pasti sebagai agensi perbadanan untuk masyarakat. Usaha ini terujudnya perkhidmatan rundingcara yang memberikan peluang kepada klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan rundingcara berbeza mengikut klien. Rundingcara meliputi penyelesaian masalah keluarga, membimbing dan membantu klien membuat keputusan menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan interaksi dengan individu lain. Pegawai Rundingcara berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya selaras dengan konsep kaunseling Islam untuk mendapat keredhaan Allah Ta’ala yang berteraskan qada dan qadar ke arah mencapai matlamat kebahagian hidup di dunia dan akhirat .

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6175
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:19 Sep 2008 03:43
Last Modified:01 Jun 2010 15:39

Repository Staff Only: item control page