Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Konsep Kendiri Dengan Kemahiran Komunikasi Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Di Sekolah Menengah Johor Bahru

Yahaya, Azizi and Boon, Yusof and Ma'alip, Halimah and Ramli, Jamaludin (2011) Hubungan Antara Konsep Kendiri Dengan Kemahiran Komunikasi Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Di Sekolah Menengah Johor Bahru. In: International Seminar Learning and Motivation: Insights From Multiple Perpectives (ISLM), 8-10 Oct 2011, Copthorne Orchid Hotel, Penang by School of Cognitive, UUM.

[img]
Preview
PDF
198kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan antara konsep kendiri dengan kemahiran komunikasi interpersonal terhadap pencapaian akademik pelajar. Seramai 320 orang pelajar daripada lapan buah sekolah di daerah Johor Bahru yang dipilih secara rawak mudah dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah “Tennesse Self-Concept Scale” (TSCS) dan “Interpersonal Communication Skills Inventory” (ICSV) dalam versi bahasa Melayu. Instrumen ini mempunyai tingkat kebolehpercayaan pada 0.7498 (TSCS) dan 0.7587 (TCV) hasil daripada kajian rintis yang dijalankan kepada dua puluh orang responden. Statistik deskriptif dan korelasi Pearson digunakan dalam menganalisis data. Konsep kendiri pelajar yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah sama ada positif, sederhana atau negatif. Tahap kemahiran komunikasi interpersonal pelajar yang dilihat dalam kajian ini ialah sama ada tahap tinggi, sederhana atau rendah. Indikator bagi pencapaian akademik pelajar ialah keputusan peperiksaan PMR. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai konsep kendiri dan kemahiraan komunikasi interpersonal sederhana.. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan kemahiran komunikasi interpersonal tetapi tidak menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik. Sebaliknya, pencapaian akademik. mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemahiran komunikasi interpersonal. Beberapa saranan dikemukakan bagi mempertingkatkan konsep kendiri dan kemahiran komunikasi interpersonal pelajar. Antaranya ialah memperkenalkan mata pelajaran kemahiran berkomunikasi di sekolah bermula dari sekolah rendah bagi memupuk keyakinan diri pelajar yang secara tidak langsung akan berpengaruh terhadap konsep kendiri pelajar.)

Item Type:Conference or Workshop Item (Speech)
Uncontrolled Keywords:Konsep kendiri, kemahiran komunikasi interpersonal, tahap pencapaian akademik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6172
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Aug 2008 22:32
Last Modified:12 Sep 2017 01:19

Repository Staff Only: item control page