Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah sosial di kalangan remaja

Yahaya, Azizi (2000) Masalah sosial di kalangan remaja. In: National Seminar in Education University Kebangsaan Malaysia, 14-15 Nov 2000, Hotel Continental, Bangi.

[img]
Preview
PDF
797kB

Abstract

Peratus remaja Melayu yang melakukan kesalahan juvana bukan saja meningkat setiap tahun malah mengatasi peratusan belia daripada masyarakat lain. Statistik menunjukkan 3,663 lelaki dan 52 perempuan Melayu ditangkap pada 1998 manakala pada 1999 seramai 3,882 lelaki dan 56 perempuan ditahan. Pada tahun yang sama hanya 1,129 remaja Cina dan 768 India ditahan manakala pada 1999 seramai 1,117 Cina dan 922 India terbabit. Bagi Selangor, masalah juvana yang berlaku menunjukkan penurunan iaitu daripada 1,350 pada tahun 1998 kepada 962 pada 1999 dan 878 pada 2000 untuk kes yang dihadapkan ke mahkamah. “Penurunan ini menunjukkan usaha kerajaan negeri dan pertubuhan belia seperti Majlis Belia Selangor mengadakan pelbagai program pembangunan insan, berjaya. Selain itu, katanya, masalah utama yang membabitkan belia di Selangor adalah dadah dan lebih menyedihkan ialah majoriti yang terbabit dengan permasalahan terdiri daripada Melayu. Sumber Pemadam menunjukkan jumlah penagih pada 1999 di seluruh negara seramai 35,359 orang dan daripada jumlah itu 24,224 adalah anak Melayu berbanding 5,880 berbanding Cina dan 3,498 India. Beberapa penyakit sosial baru turut dikesan di kalangan masyarakat Islam dan perlu diberi perhatian seperti perlakuan sumbang mahram dan kes mencabul kehormatan yang berlaku di kalangan ahli keluarga. Tiada jalan singkat bagi menangani masalah sosial di kalangan remaja, terutama anak Melayu melainkan memerlukan pembabitan semua badan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, alim ulama, institusi masjid, ahli kariah, persatuan penduduk, aktivitis belia dan seluruh individu. Antara tanggungjawab kerajaan dalam menangani permasalahan itu ialah mengadakan program Bina Insan, Remaja Sihat Tanpa Aids (Prostar), Rakan Muda selaian memantau agensi yang ditugaskan menangai masalah sosial serta aktiviti pembangunan infrastruktur.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Gejala sosial, salah laku remaja, masalah disiplin
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6171
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Aug 2008 22:10
Last Modified:27 Aug 2017 00:56

Repository Staff Only: item control page