Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan Pembelajaran Koperatif di Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Teknik Dan Vokasional Di Tiga buah Sekolah Teknik di Selangor

Yahaya, Azizi and Sihes, Ahmad Johari and Ghazali, Shahzalina Amalan Pembelajaran Koperatif di Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Teknik Dan Vokasional Di Tiga buah Sekolah Teknik di Selangor. In: INTERNATIONAL CONFERENCE ON TEACHING AND TEACHER EDUCATION (UIAM). (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
246Kb

Abstract

Kajian deskriptif ini adalah untuk meninjau amalan pembelajaran koperatif di sekolah menengah teknik tempatan. Seramai 90 orang guru yang mengajar matapelajaran teknik dan vokasional di 3 buah sekolah menengah teknik di negeri Selangor dijadikan sampel kajian. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian digunakan. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 10.0 (Statistical Package for Social Sciences) dan dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Kajian ini mendapati responden sedikit sebanyak mengamalkan kaedah pembelajaran koperatif tetapi faktor-faktor seperti kekangan masa dan sikap pelajar ternyata mempunyai pengaruhi negatif terhadap pengamalan pembelajaran koperatif di sekolah menengah teknik yang dikaji. Walaupun demikian, sikap guru didapati positif dalam amalan pembelajaran koperatif dan menyumbang kepada perlaksanaan amalan pembelajaran koperatif di dalam kelas. Sebagai kesimpulan, amalan kaedah pembelajaran koperatif boleh dipertingkatkan dan diperluaskan penggunaannya sekiranya aspek yang boleh menjejaskan pengamalannya di atasi dan aspek yang menyumbang kepada perlaksanaannya dipertingkatkan. (Kata kunci: amalan, pembelajaran koperatif, kekangan masa, sikap pelajar dan sikap guru)

Item Type:Conference or Workshop Item (Speech)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6170
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Aug 2008 14:26
Last Modified:01 Jun 2010 15:39

Repository Staff Only: item control page