Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Manifestasi akhlak menerusi unsur-unsur alam dalam beberapa karya Raja Ali Haji

Abdullah, Akmaliza and Samian, Abdul Latif and Ali, Maznah and Muhtar, Adibah (2015) Manifestasi akhlak menerusi unsur-unsur alam dalam beberapa karya Raja Ali Haji. In: Proceeding of the Joint International Seminar Islam, Science, and Civilization: Prospect and Challenge for Humanity, 3 Oct, 2015, Indonesia.

Full text not available from this repository.

Official URL: https://www.google.com/search?q=Manifestasi+Akhlak...

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan mengenai peranan alam dalam menzahirkan sistem akhlak dalam masyarakat Melayu pada abad ke-19 Masehi. Penelitian dan penaakulan akal terhadap unsur-unsur alam yang berada di sekeliling diterjemahkan melalui bahasa sebagai medium untuk memperolehi ilmu yang benar dan mencapai keelokan akhlak serta budi pekerti. Pendekatan analisis konten digunapakai bagi meneliti beberapa karya Raja Ali Haji (1808-1872), seorang pujangga agung kelahiran Riau yang terdidik dalam sistem tradisi keilmuan Islam. Hasil kajian mendapati bahawa dalam masyarakat Melayu Nusantara, alam bukan sekadar dianggap sebagai tercipta untuk kesenangan hidup manusia malah ia turut berperanan untuk memanifestasikan ketinggian akhlak yang bertunjangkan kepada pandangan semesta Islam.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:character, nature, language
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:61644
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:26 Apr 2017 04:15
Last Modified:26 Apr 2017 04:15

Repository Staff Only: item control page