Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Orientasi pembelajaran di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia dan implikasi terhadap pencapaian dalam akademik

Hashim, Shahrin and Yahaya, Azizi and Ramli, Jamaluddin and Sihes, Ahmad Johari (2005) Orientasi pembelajaran di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia dan implikasi terhadap pencapaian dalam akademik. In: Conference on Learning and Motivation, 10-12 September 2005, City Bayview Hotel, Langkawi, Kedah, Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
140kB

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar IPTA di Malaysia. Kajian ini melibatkan 250 orang responden yang IPTA dari empat universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Kolej Universiti Institut Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Instrumen kajian yang digunakan adalah inventori yang direka oleh Dunn & Dunn. Satu set borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Dapatan dianalisis melalui komputer menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) Version 11.0 for Windows bagi mendapatkan jumlah peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai. Kajian rintis telah dijalankan dan didapati nilai Cronbach-Alpha adalah .8512. Hasil kajian mendapati pola gaya pembelajaran Sosiologikal (min = 3.7050) paling dominan mempengaruhi gaya pembelajaran responden dan diikuti oleh pola gaya pembelajaran Psikologikal (min = 3.6112 ), pola gaya pembelajaran Emosional (min = 3.5291), pola gaya pembelajaran Fizikal (min = 3.4487) dan pola gaya pembelajaran Persekitaran (min = 3.1879). Hasil kajian juga mendapati gaya pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian academik dan terdapat wujud perbezaan antara gaya pembelajaran dengan bangsa, tahap pendidikan tertinggi, pekerjaan bapa, lokasi tempat kediaman serta pencapaian akademik responden.

Item Type:Conference or Workshop Item (Speech)
Uncontrolled Keywords:orientasi pembelajaran, pencapaian akademik, IPTA
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6162
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Aug 2008 09:07
Last Modified:11 Sep 2017 01:43

Repository Staff Only: item control page