Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembelajaran inkuiri-kolaboratif dalam persekitaran teknologi web 2.0 dan potensinya terhadap tahap kemahiran penghujahan saintifik pelajar dalam pembelajaran Sains

Othman, Masni and Harun, Jamalludin (2015) Pembelajaran inkuiri-kolaboratif dalam persekitaran teknologi web 2.0 dan potensinya terhadap tahap kemahiran penghujahan saintifik pelajar dalam pembelajaran Sains. In: 2nd International Education Postgraduate Seminar (IEPS 2015).

[img]
Preview
PDF
104kB

Abstract

Penguasaan ilmu sains sangat berkait dengan kebolehan pelajar dalam membuat penghujahan saintifik. Ia perlu dikuasai oleh pelajar bagi meningkatkan kefahaman mereka dalam pembelajaran Sains, (Lee Ling Heng dan Johari Surif (2013). Penghujahan sintifik boleh ditingkatkan dengan mendidik pelajar untuk melibatkan diri dalam bertanya dan menjawab soalan-soalan sains yang mengikut aras. Bagi menggalakkan proses ini berlaku di kalangan pelajar, guru perlu menukar kaedah pengajaran dan pembelajaran sains. Pendekatan pembelajaran inkuiri dan pembelajaran kolaboratif misalnya dikatakan mampu membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pendekatan pembelajaran secara konvensional serta pembelajaran yang dijalankan secara individu (Rafiza Abdul Razak, 2013). Kaedah ini sesuai digunakan dalam membantu pelajar membina penghujahan saintifik. Namun begitu, kekangan waktu pembelajaran di sekolah sering menghadkan masa interaksi antara guru dan pelajar. Oleh yang demikian, pengkaji bercadang untuk membangunkan persekitaran pembelajaran berasaskan teknologi Web 2.0 bagi pembelajaran Sains yang bertujuan untuk mengkaji potensinya sebagai satu alat memudahkan interaksi antara pelajar dan guru di luar waktu persekolahan. Antara skop kajian yang dicadangkan ialah untuk mengenalpasti tahap penghujahan saintifik sedia ada pelajar dalam pembelajaran Sains. Seterusnya menilai kesan strategi pembelajaran inkuiri-kolaboratif dalam persekitaran teknologi Web 2.0 untuk pembelajaran Sains terhadap tahap penghujahan saintifik pelajar. Proses bagaimana pelajar membentuk penghujahan saintifik dalam pembelajaran Sains dalam persekitaran inkuiri-kolaboratif berasaskan teknologi Web 2.0 yang digunakan turut akan dikaji.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pembelajaran inkuiri-kolaboratif, teknologi web 2.0
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Education
ID Code:61600
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:25 Apr 2017 06:46
Last Modified:06 Aug 2017 07:57

Repository Staff Only: item control page