Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ciri-Ciri Personaliti Dalam Pemilihan kerjaya Pelajar,Gaya Pembelajaran Pelajar Dan hubungannya Dengan Pencapaian Akademik

Yahaya, Azizi and Damiri, Noraizah and Abdul, Amir Hamzah (2004) Ciri-Ciri Personaliti Dalam Pemilihan kerjaya Pelajar,Gaya Pembelajaran Pelajar Dan hubungannya Dengan Pencapaian Akademik. In: Seminar antarabangsa Nilai Dalam komuniti Pasca modenisme (SIVIC 2004) , 4-6 Sept. 2004, Hotel City Bayview, Langkawi Kedah. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
427Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri personaliti pelajar dalam pemilihan kerjaya dan gaya pembelajaran pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 202 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali Haji Ahmad, Pontian, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian, Pontian, Johor telah dipilih sebagai responden kajian ini. Mereka dipilih secara rawak kelompok. Satu set soal selidik telah digunakan untuk kajian ini. Soal selidik bahagian B merupakan soal selidik yang dibina oleh penyelidik, manakala bahagian C merupakan ubahsuai daripada Inventori Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford (1986). Selain itu Inventori Pekerjaan Holland (1973) telah digunakan untuk menentukan pemilihan jenis-jenis kerjaya. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah “Scale Alpha� yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.9279 bagi bahagian B dan 0.6572 bagi bahagian C. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai untuk menunjukkan latar belakang responden kajian, ciri-ciri personaliti dan gaya belajar. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi Pearson digunakan untuk menunjukkan hubungan di antara pemboleh ubah iaitu hubungan personaliti dengan pencapaian akademik dan hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Analisis dapatan kajian yang menggunakan SPSS menunjukkan responden lebih menggunakan gaya pembelajaran aktivis. Selain itu, responden lebih memiliki ciri-ciri personaliti menyelidik. Dalam pemilihan kerjaya pula, responden memiliki ciri-ciri personaliti sosial. Responden juga memilih jenis-jenis pekerjaan yang berstatus tinggi dan profesional. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik mengikut mata pelajaran PMR. Manakala analisis kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara ciri-ciri personaliti dengan pencapaian akademik mengikut mata pelajaran PMR. Beberapa kajian telah dikemukakan bagi pendedahan gaya pembelajaran yang patut diamalkan oleh pelajar dan ciri-ciri personaliti yang positif di kalangan pelajar. Beberapa cadangan bagi kajian lanjutan juga turut dikemukakan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Speech)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6159
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Aug 2008 08:37
Last Modified:12 Oct 2010 01:32

Repository Staff Only: item control page