Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kerangka konsep kemahiran proses sains asas prasekolah menerusi apps berdasarkan strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik

Mohd. Yunos, Mohd. Amerul Akmal and Atan, Noor Azean and Abu Samah, Norazrena (2014) Kerangka konsep kemahiran proses sains asas prasekolah menerusi apps berdasarkan strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik. In: 1st International Education Postgraduate Seminar 2014 (IEPS 2014), 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
299kB

Abstract

Sempadan dan halangan yang wujud bagi setiap pelajar untuk mendalami maklumat yang disampaikan oleh guru adalah bergantung kepada strategi pengajaran yang diguna pakai serta peruntukan atau pengagihan sesuatu maklumat untuk disampaikan di dalam sesuatu masa. Setiap guru perlu peka terhadap persekitaran disekeliling mereka samada persekitaran secara semulajadi mahupun persekitaran yang wujud kesan daripada interaksi antara pelajar dan guru tersebut. Persekitaran semulajadi di sini bermaksud emosi dalaman bagi setiap pelajar atau guru yang pada kebiasaannya di bawa dari luar dan masuk ke dalam bilik darjah (Latham & Carr, 2012). Perkara ini mampu merosakkan sistem pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang dirangka rapi oleh guru pada awalnya serta seterusnya berkemungkinan akan mendorong kepada permasalahan lain seperti salah faham konsep dan interpretasi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:natural environment, student, teacher
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61570
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:26 Apr 2017 03:43
Last Modified:26 Apr 2017 03:43

Repository Staff Only: item control page