Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aktiviti pembelajaran dalam persekitaran autentik berdasarkan kontinum pemikiran visualisasi bagi pembentukan ingatan kerja kanak-kanak sindrom down

Abd. Rahim, Muhammad Azri and Atan, Noor Azean (2014) Aktiviti pembelajaran dalam persekitaran autentik berdasarkan kontinum pemikiran visualisasi bagi pembentukan ingatan kerja kanak-kanak sindrom down. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
384kB

Abstract

Penyediaan sebuah persekitaran pembelajaran dengan pengintegrasian bersama pendekatan yang bersesuaian kepada para pelajar haruslah berdasarkan kepada keperluan dan kemampuan mereka dalam mencapai objektif sesebuah pembelajaran. Melalui pengimplementasian sebuah suasana dengan strategi pembelajaran yang baik, mampu membantu dan menyokong kepada pengembangan intelektual seseorang pelajar itu. Namun tidak semua pendekatan pembelajaran yang dikatakan terbaik sesuai di implemenkan dalam sesebuah kelas terutama dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah sindrom down. Kanak-kanak sindrom down ini secara umumnya mempunyai beberapa kelemahan secara fizikal mahupun kemahiran berfikir dalam pembelajaran serta mempunyai masalah melakukan sesuatu tugasan dengan baik. Kelemahan kanak-kanak ini dalam menerima pendekatan pembelajaran konvensional seperti melalui kaedah verbal iaitu kuliah dan pengajaran dalam kelas biasa dilihat sebagai satu kesukaran buat mereka ini untuk menerima maklumat dan seterusnya memproses apa yang dipelajari. Hal ini sekaligus memberi kesan kepada perkembangan intelektual mereka yang sedikit ketinggalan dari kanak-kanak normal yang lain. Justeru, keperluan melihat kepada kelebihan dan kemampuan kanak-kanak sindrom down ini dalam menerima maklumat dari sudut yang berbeza perlu diberi perhatian seperti penggunaan media visual dalam pelbagai bentuk penyampaian, serta persekitaran pembelajaran yang autentik iaitu berdasarkan kepada situasi realistik perlulah diintegrasikan bersama agar ia dapat membantu meningkatkan pemahaman mereka menerima sesebuah konsep pembelajaran. Namun pengintegrasian bersama media visual yang realistik dalam sesebuah pembelajaran haruslah secara berperingkat kerana ianya berkait rapat dengan perkembangan tahap visualisasi seseorang pelajar yang secara tidak langsung membantu kepada peningkatan pemahaman mereka. Tahap visualisasi seseorang ini sebenarnya berkembang daripada pemikiran visual kepada pembelajaran visual dan akhir sekali yang tertinggi adalah komunikasi visual yang dikenali sebagai kontinum pemikiran visualisasi. Melalui perkembangan visualisasi ini, ianya menyokong kepada peningkatan ingatan kerja kanak-kanak sindrom down berdasarkan pembelajaran mereka. Oleh demikian dengan merujuk kepada elemen kontinum pemikiran visualisasi ini serta ciri-ciri pembelajaran dalam persekitaran autentik, maka sebuah aplikasi mudah alih (apps) KIDDO dibangunkan bagi menyokong kepada pembentukan Ingatan Kerja kanak-kanak sindrom down ini dari aspek Visuo-Spatial serta Phonological Loop.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:down syndrome
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61569
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:26 Apr 2017 03:42
Last Modified:26 Apr 2017 03:42

Repository Staff Only: item control page