Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh gaya kognitif terhadap pencapaian pelajar

Mohamed, Hasnah and Tasir, Zaidatun and Aris, Baharuddin (2014) Pengaruh gaya kognitif terhadap pencapaian pelajar. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
329kB

Abstract

Gaya kognitif ialah satu gaya yang sedia ada pada seseorang individu sejak lahir. Justeru, gaya kognitif adalah satu aspek penting yang perlu diambil kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengaruh gaya kognitif ini tidak dapat disangkal kerana banyak kajian yang telah membuktikan bahawa pelajar yang mempunyai gaya kognitif yang berbeza menunjukkan pencapaian yang berbeza terhadap sesuatu kaedah pengajaran. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis pelajar dengan gaya kognitif yang berbeza dalam sesuatu bilik darjah, maka adalah tidak mungkin satu bahan yang sama boleh digunakan untuk semua pelajar. Kertas kerja ini akan mengulas kajian-kajian yang pernah dijalankan dalam melihat pengaruh gaya kognitif terhadap pencapaian pelajar. Setiap kajian akan dibandingbezakan dari segi kaedah yang digunakan, jenis sampel, hasil kajian dan juga kesannya dalam bidang pendidikan. Rumusan yang diperoleh hasil daripada penganalisisan ini boleh dijadikan sebagai panduan dalam mereka bentuk bahan pengajaran dan seterusnya mengaplikasikan kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan gaya kognitif pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:cognitive style, teaching and learning
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61566
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:26 Apr 2017 03:40
Last Modified:26 Apr 2017 03:40

Repository Staff Only: item control page