Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh kompetensi keusahawanan terhadap tingkahlaku inovatif

Ispal, Mohd. Asri and Jabor, Mohd. Khata (2014) Pengaruh kompetensi keusahawanan terhadap tingkahlaku inovatif. In: 1st International Education Post-Graduate Seminar, 1-3 Nov, 2014, Johor Bahru.

[img]
Preview
PDF
2MB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara kompetensi keusahawanan terhadap tingkahlaku inovatif. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah guru praperkhidmatan (pelajar) yang sedang mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG). Seramai 413 orang pelajar PISMP telah dipilih daripada beberapa buah IPG di seluruh Malaysia. Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumbalas responden terhadap konstruk-konstruk yang dikaji. Instrumen untuk mengukur konstruk kompetensi keusahawanan telah dibangunkan sendiri oleh pengkaji. Instrumen untuk mengukur tingkahlaku inovatif adalah ubahsuai daripada Messmann & Mulder (2012). Analisis pengesahan faktor peringkat kedua (second order confirmatory factor analysis) digunakan untuk mendapatkan indeks padanan model hipotesis dengan data kajian. Modifikasi model dilakukan untuk mendapatkan nilai indeks padanan yang baik (good fit) dalam menentusahkan model pengukuran konstruk kompetensi keusahawanan dan tingkahlaku inovatif. Semua model pengukuran digabungkan untuk membentuk model persamaan struktural. Dapatan kajian menunjukkan kompetensi keusahawanan mempunyai hubungan langsung yang positif dengan tingkahlaku inovatif. Beberapa implikasi kajian dikemukakan dalam penyelidikan ini khususnya dalam penyediaan bakal guru yang inovatif.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:innovative behavior, teacher education
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61524
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:26 Apr 2017 03:24
Last Modified:26 Apr 2017 03:24

Repository Staff Only: item control page