Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Biokomposit plastik pembungkusan mesra alam berasaskan serat kulit nenas

Hasbullah, Hasrinah and Sadikin, Aziatul Niza and Ibrahim, Norazana and Md. Kasmani, Rafiziana and Adrus, Nadia and Asli, Umi Aisah and Wan Ab. Rahman, Wan Aizan and Rasit Ali, Roshafima and A. Majid, Rohah and Jamaluddin, Jamarosliza (2015) Biokomposit plastik pembungkusan mesra alam berasaskan serat kulit nenas. In: Seminar Industri Nanas 2015, 30 Nov - 1 Dec, 2015, Sarawak, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.mpib.gov.my/documents/10124/531591/HALA...

Abstract

Dalam kajian ini, biokomposit yang boleh digunakan sebagai plastik pembungkusan bersifat mesra alam berasaskan serat kulit nanas (PAPF) dan polietilena berketumpatan rendah (LDPE) telah dihasilkan. PAPF pada awalnya telah dirawat dengan alkali sebelum diadun dengan LDPE. Kemudian, campuran diadun dengan menggunakan mesin penyemperitan skru berkembar dan sampel ujian telah disediakan dengan menggunakan mesin pengacuan suntikan. Keserasian biokomposit berasaskan PAPF ini dikaji melalui analisis pencirian, sifat-sifat mekanikal dan haba, dan juga analisis terbiodegradasi. Analisis indeks aliran leburan (MFI) dijalankan untuk menentukan keupayaan kebolehprosesan biokomposit. Apabila kandungan serat dalam biokomposit meningkat, nilai MFI telah berkurang. Analisis spektroskopi inframerah jelmaan Fourier (FTIR) juga telah dijalankan di samping ujian penyerapan air untuk mengkaji pencirian biokomposit yang terhasil. Jumlah penyerapan air telah meningkat dengan peningkatan kandungan PAPF dalam biokomposit kerana kandungan serat yang lebih tinggi. Kandungan selulosa yang tinggi dalam PAPF meningkatkan kadar penyerapan air. Analisis biodegradasi biokomposit ini dijalan kan melalui kaedah penanaman di dalam tanah selama sebulan. Biokomposit yang mengandungi PAPF lebih tinggi akan terdegradasi dengan lebih banyak.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:serat kulit nenas, polietilena berketumpatan rendah
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
Divisions:Chemical Engineering
ID Code:61453
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:25 Apr 2017 03:47
Last Modified:25 Apr 2017 03:47

Repository Staff Only: item control page