Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aktiviti penilaian dalam makmal menggunakan peta konsep dalam menjana kemahiran berfikir aras tinggi: suatu kerangka teori

A. Ghani, Intan Baizura and Yahaya, Noraffandy and Ibrahim, Nor Hasniza and Hasan, Mohamed Noor (2015) Aktiviti penilaian dalam makmal menggunakan peta konsep dalam menjana kemahiran berfikir aras tinggi: suatu kerangka teori. In: 2nd International Education Postgraduate Seminar, 20-21 Dec, 2015, Johor Bahru, johor.

[img]
Preview
PDF
332kB

Abstract

Perubahan dunia yang pesat telah menuntut kepada transformasi pendidikan, bukan sahaja dari aspek kurikulum dan pedagogi, malah komponen pentaksiran dan penilaian juga perlu dititikberatkan. Matlamat pendidikan abad ke21 adalah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai kefahaman mendalam terhadap sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi yang diharap dapat melahirkan tenaga kerja yang cemerlang. Aktiviti makmal penting dalam mempelajari ilmu Kimia yang terdiri daripada pelbagai konsep abstrak. Melalui aktiviti ini, pelajar seharusnya lebih memahami dan menguasai sesuatu topik pembelajaran seterusnya membantu kepada rangsangan kemahiran berfikir aras tinggi. Bagi mengukur hasil pembelajaran aktiviti tersebut, aktiviti penilaian merupakan aspek penting yang perlu ditekankan. Peta konsep merupakan salah satu alat penilaian pembelajaran yang dikatakan dapat membantu pelajar menvisualkan konsepkonsep yang telah difahami serta menjadi platform kepada rangsangan KBAT. Maka, suatu kerangka teori diperlukan untuk mendasari kajian ini. Pada asasnya, teori konstruktivisme merupakan tunjang kepada aktiviti penilaian dalam makmal yang diharapkan dapat meningkatkan kefahaman konseptual yang mendalam dan diperlukan dalam menjana kepada peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:peta konsep, aktiviti penilaian
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Science
ID Code:61407
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:10 Apr 2017 07:04
Last Modified:06 Aug 2017 08:32

Repository Staff Only: item control page