Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian pembelajaran berasaskan kompetensi dalam pendidikan teknik dan vokasional

Ismail, Zaipah and Md. Yusof, Rahmah and Abdullah, Christina Andin @ Nur Qistina and Buntat, Yahya and Nordin, Mohd. Safarin (2014) Penilaian pembelajaran berasaskan kompetensi dalam pendidikan teknik dan vokasional. In: International Seminar on Technical and Vocational Education, 25-26 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
523kB

Abstract

Pendidikan Teknik dan vokasional merupakan satu bidang yang penting bagi pembangunan sumber manusia khususnya untuk melahirkan pekerja mahir dan separuh mahir. Kaedah ini menggalakkan pelajar belajar sepanjang hayat dan menekankan perubahan sikap dan tingkah laku kepada lebih baik dan positif ke arah penjanaan budaya ilmu.Pengajar yang terlibat dalam proses pendidikan dan latihan akan melaksanakan penilaian untuk mengetahui keberkesanan latihan dan kemahiran yang diberi. Penilaian berasaskan kompetensi adalah penting untuk mengesahkan bahawa seseorang telah menunjukkan kemahiran praktikal serta pengetahuan asas yang diperlukan untuk melaksanakan tugas mengikut standard tertentu. Penilaian direka dalam bentuk bertulis dan praktikal. Soalan penilaian menggunakan konsep teori Taksonomi Bloom berdasarkan domain kognitif yang merangkumi enam aras kognitif bagi menguji kualiti serta aras soalan untuk menilai kompetensi pelajar. Penilaian yang berkaitan pengetahuan asas, soalan dalam bentuk bertulis. Soalan dibina dalam pelbagai pilihan dan berstruktur pendek. Terdapat juga tugasan dalam bentuk aplikasi dan penyelesaian masalah. Penilaian peringkat yang lebih tinggi adalah dalam bentuk praktikal tahap satu, dua dan praktikal tahap tertinggi. Senarai semak dalam bentuk rubrik disediakan untuk menentukan kompetensi pelajar telah mencapai tahap standard yang ditetapkan. Penilaian pembelajaran berasaskan kompetensi dalam pendidikan teknik dan vokasional sangat penting supaya dapat melahirkan pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan dapat memenuhi pasaran pekerjaan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:evaluation, competence, learning
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61404
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:25 Apr 2017 08:19
Last Modified:25 Apr 2017 08:19

Repository Staff Only: item control page