Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesediaan guru terhadap perlaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

Nordin, Mohd. Safarin and Ismail, Nur Hidayah (2014) Kesediaan guru terhadap perlaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu. In: International Seminar on Technical and Vocational Education (TVEIS2014), 25-26 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
411kB

Abstract

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah diperkenalkan perlaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah rendah seluruh Malaysia pada tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan 2012. Usaha tersebut adalah sebahagian daripada program transformasi pendidikan Negara. Namun demikian, perlaksanaanya telah menimbulkan pelbagai isu dalam masyarakat sejak ianya diperkenalkan dan tidak terkecuali dalam kalangan guru sendiri. Justeru itu, kajian deskriptif ini telah dijalankan bagi mengenal pasti kesediaan guru-guru terhadap perlaksanaan PBS bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Aspek kesediaan yang dikaji adalah kesediaan guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian ini telah melibatkan seramai 111 orang guru KHB dari 38 buah sekolah menengah harian biasa dalam daerah Johor Bahru. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan instrument soal-selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Kemudiannya data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru KHB daerah Johor Bahru mempunyai tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi terhadap perlaksanaan PBS. Selain itu, kajian juga mendapati guru mempunyai sikap yang positif terhadap perlaksanaan PBS dalam mata pelajaran KHB. Maka, kajian ini menunjukkan bahawa para guru khususnya guru mata pelajaran KHB bersedia untuk melaksana dan terus melaksanakan PBS dalam tugas seharian mereka. Sehubungan itu penyelidik mencadangkan konsep yang digunapakai dalam PBS diteruskan dan penambahbaikan dilakukan dari masa kesemasa.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:school based assessment, integrated living skills
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61402
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:25 Apr 2017 08:19
Last Modified:25 Apr 2017 08:19

Repository Staff Only: item control page