Md. Yusof, Rahmah and Ismail, Zaipah and Abdullah, Christina Andin @ Nur Qistina and Buntat, Yahya and Nordin, Mohd. Safarin (2014) Penilaian berasaskan kompetensi di Institut Latihan Kemahiran, Johor Bahru. In: International Seminar on Technical and Vocational Education (TVEIS2014), 25-26 August, 2014, Skudai, Johor.
|
PDF
522kB |
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan penilaian yang digunakan untuk menilai kemajuan pencapaian pelajar. Kajian ini menjurus kepada kaedah penilaian serta cara untuk membantu pelajar yang gagal mencapai objektif pembelajaran di salah sebuah institut latihan kemahiran di Johor Bahru.Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan temubual separa berstruktur sebagai instrument kajian. Seramai dua orang tenaga pengajar bagi kursus Sijil Teknologi Industri 1 telah dipilih sebagai sampel kajian. Data daripada temubual telah ditranskripkan, dikodingkan dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa institut latihan ini mengunakan kaedah penilaian berasaskan „work-based learning’ dan „competency based approach’. Penilaian merangkumi pengetahuan, hasil kerja, keselamatan dan akhlak. Institut latihan ini juga menggalakkan kaedah belajar sepanjang hayat iaitu pelajar boleh belajar tanpa mengira had umur. Ia juga menekankan perubahan sikap dan tingkah laku kepada lebih baik dan positif kearah penjanaan budaya ilmu . oleh itu, pihak institut mewajibkan pelajar yang gagal mengulang semula mata pelajaran tersebut sehingga berjaya, walaupun terpaksa menambah masa pengajiannya. Secara keseluruhannya kajian ini telah dapat memberikan input yang berguna mengenai kaedah pelaksanaan penilaian berasaskan kompetensi. Implikasi kajian terhadap peningkatan kemahiran perkerjaan juga dibincangkan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | competence, learning |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 61396 |
Deposited By: | Fazli Masari |
Deposited On: | 25 Apr 2017 08:18 |
Last Modified: | 07 Sep 2017 01:04 |
Repository Staff Only: item control page