Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Rekabentuk bahan pembelajaran matematik berbantukan komputer bagi pelajar diskalkulia

Twin, Lydia and A. Shukor, Nurbiha and Arbain, Nazihatulhasanah (2014) Rekabentuk bahan pembelajaran matematik berbantukan komputer bagi pelajar diskalkulia. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
391kB

Abstract

Pelajar diskalkulia sering menghadapi kesukaran dalam penggunaan simbol matematik, perbandingan antara nilai nombor dan sukar untuk melakukan pengiraan matematik yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Penggunaan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dan teknologi dapat membantu pelajar diskalkulia dalam pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun, fasa merekabentuk kandungan pembelajaran merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan sebelum pembangunan PBK boleh dilakukan khususnya bagi para pelajar diskalkulia. Strategi pengajaran Konkrit-Semi-konkrit-Abstrak (CSA) merupakan strategi pengajaran yang sesuai bagi pengajaran matematik pelajar diskalkulia. CSA terdiri daripada tiga tahap yang utama iaitu tahap konkrit, tahap semi-konkrit dan tahap abstrak. Integrasi strategi pengajaran ini mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran matematik di kalangan pelajar diskalkulia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:matematik, perisian
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61366
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:31 Mar 2017 01:42
Last Modified:31 Mar 2017 01:42

Repository Staff Only: item control page