Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Laman web berasaskan aras taksonomi bloom bagi matapelajaran sains tingkatan dua

Abd. Halim, Noor Dayana and Subramaniam, Rajes and Kamarudin, Nurfatin Atikah (2014) Laman web berasaskan aras taksonomi bloom bagi matapelajaran sains tingkatan dua. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
242kB

Abstract

Pembangunan Laman Web Sains Tingkatan 2 berasaskan Joomla bertujuan untuk membantu guru dalam pengajaran serta pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Sains khususnya. Laman web ini dibangunkan berpandukan kepada Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tingkatan Dua. Susunan kandungan dalam laman web ini adalah berasaskan aras kognitif pelajar yang berbeza sama ada aras rendah, aras sederhana atau aras tinggi mengikut Taksonomi Bloom. ADDIE merupakan model rekabentuk intruksi dalam membangunkan laman web Sains ini. Perisian-perisian tambahan seperti Adobe Photoshop, Microsoft Powerpoint, Sony Soundforge dan sebagainya digunakan untuk menghasilkan elemen-elemen multimedia dalam laman web ini. Untuk menilai keberkesanan laman web ini seramai 5 orang guru dan 5 orang pelajar telah diminta menjawab soalan terbuka dimana kesemua data yang diperoleh dianalisis secara kualitatif iaitu dengan pembentukan tema. Hasil kajian mendapati laman web yang dibangunkan dapat membantu guru dan pelajar dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap penguasaan pelajar yang berbeza-beza mengikut aras Taksonomi Bloom.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:laman web, taksonomi bloom
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61364
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:31 Mar 2017 01:40
Last Modified:31 Mar 2017 01:40

Repository Staff Only: item control page