Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Cabaran kursus pendek keusahawanan di dalam pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia

Sis, Ali and Musta’amal, Aede Hatib (2014) Cabaran kursus pendek keusahawanan di dalam pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia. In: 1st International Educational Postgraduate Seminar Proceedings Volume 1, 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
389kB

Abstract

Isu pengangguran dan sosio ekonomi sesuatu komuniti penduduk telah menjadi satu cabaran kepada kerajaan. Pihak kerajaan tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan sepenuhnya kepada sesebuah komuniti secara keseluruhan.. Telah banyak aduan, rungutan, kenyataan serta keluhan didengari dan tidak kurang juga langkah-langkah, saranan serta gesaan yang telah dibuat oleh kerajaan, individu dan persatuan-persatuan berkaitan. Namun jawapan secara tuntas masih belum diperolehi. Walaupun begitu satu langkah yang dilihat praktikal disarankan bagi mengatasi kemelut isu sosio ekonomi ini iaitu dengan memperluaskan kesedaran di dalam kerjaya keusahawanan melalui peranan yang di mainkan oleh Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pendekatan kursus pendek. Samada golongan siswazah atau bukan itu bukan persoalan pokok yang perlu dibincangkan. Masing-masing mempunyai tempat, kaedah dan peranan di dalam menjayakan proses keusahawanan. Data-data yang diambil bagi memperlihatkan hal-hal berkaitan keusahawan boleh membantu untuk memperkasakan strategi kearah menjayakan keusahawanan ini. Seterusnya cadangan-cadangan yang positif akan muncul untuk diketengahkan dan diperhalusi. Kita sayangkan tanahair kita dan perlu bertindak sebelum menjadi lebih parah. Harapan kita agar segala apa yang kita perbuat dan ikhtiarkan bersama dalam bidang keusahawanan berjaya mengatasi isu penting iaitu pengangguran dan sosio ekonomi di semua pelusuk komuniti negara kita.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:career awareness in entrepreneurship, unemployment and socio-economic
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61317
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:31 Mar 2017 01:28
Last Modified:31 Mar 2017 01:28

Repository Staff Only: item control page