Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Teknologi Kampus Astro dalam kalangan guru sekolah luar bandar

Musta’amal, Aede Hatib and Ahmad Sobri, Rahil Asyikin and Rosmin, Norzanah and Talib, Abd. Aziz (2014) Penggunaan Teknologi Kampus Astro dalam kalangan guru sekolah luar bandar. In: Proceedings National Confrence on Research and Innovation (NCORI) 2014, 11-12 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
210kB

Abstract

Program jangkau luar (outreach programme) Kampus Astro merupakan satu usaha kerjasama di antara pihak korporat dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memberikan pendidikan bentuk bergambar sebagai sumber rujukan pendidikan bagi mengimbangi jurang maklumat kawasan Bandar dan luar Bandar. Projek tersebut memberikan peluang kepada guru khususnya di sekolah luar Bandar untuk menggunakan teknologi terkini dalam menyampaikan maklumat pembelajaran secara menarik dan menghiburkan kepada pelajar mereka. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap penggunaan Teknologi Kampus Astro (TKA) ini dalam kalangan guru sekolah luar Bandar. Kajian ini memfokuskan kepada empat aspek yang mempengaruhi guru terhadap penggunaan Kampus Astro iaitu faktor kekerapan penggunaan, faktor dorongan guru terhadap penggunaan, faktor kekangan guru terhadap penggunaan, dan faktor sikap guru terhadap penggunaan. Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif dengan melibatkan dua buah sekolah luar Bandar di Negeri Kedah. Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik berstruktur yang mengandungi 31 item dengan menggunakan maklumbalas Skala Likert. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi instrumen soal selidik ialah 0.85. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 16 bagi mendapatkan nilai peratusan dan frekuensi. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa guru mempunyai pandangan yang positif terhadap penggunaan Teknologi Kampus Astro di mana guru kerap menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:astro campus technology, technology education
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61315
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:31 Mar 2017 01:27
Last Modified:31 Mar 2017 01:27

Repository Staff Only: item control page