Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Konstruk rekabentuk berbantu komputer dalam penjanaan idea inovasi

Pa, Anwar Hamid and Musta’amal, Aede Hatib and Jabor, Mohd. Khatta (2014) Konstruk rekabentuk berbantu komputer dalam penjanaan idea inovasi. In: 1st International Educational Postgraduate Seminar Proceedings Volume 1, 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
274kB

Abstract

Asas kepada pembinaan instrumen iaitu Jadual Spesifikasi Konstruk (JSK) Rekabentuk Berbantu Komputer(RBK) dan hubungannya dengan penjanaan idea inovasi dalam rekabentuk produk telah dibina berdasarkan teori-teori penjanaan idea, definisi operasi dan sumber kajian-kajian terdahulu dari dalam dan luar negara. Kajian awal melalui pemerhatian, kajian literatur, temubual berstruktur telah dijalankan untuk mengenalpasti konstruk-konstruk dalam RBK yang mempunyai hubungan dengan penjanaan idea inovasi dalam rekabentuk produk diperingkat awal proses rekabentuk produk. Kesahan JSK adalah daripada dua orang pakar bidang RBK dan kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah Cohen Kappa. Pekali persetujuan yang diperolehi adalah pada ukuran k = .786 (92%, p<.0005) iaitu pada tahap baik untuk digunakan sebagai asas kepada instrumen yang akan dibina. Kajian rintis secara kualitatif dengan kaedah ‘think aloud protocol’ kemudiannya telah dijalankan terhadap empat pelajar kejuruteraan mekanikal di salah sebuah Kolej Komuniti KPM yang menggunakan RBK dalam proses rekabentuk produk bagi menentukan konstruk dan sub konstruk serta hubungannya dengan penjanaan idea inovasi. Konstruk-konstruk dalam RBK yang dikenalpasti adalah terdiri dari empat rangka konstruk utama iaitu pembinaan model pepejal, simulasi model, manipulasi model dan visualisasi model. Dapatan kajian mendapati empat konstruk akhir rekabentuk(Ismail, Mahmud, & Hassan, 2012; Musta’amal & Fairus, 2012; Séquin, 2005). Selain daripada itu, menggunakan RBK diperingkat awal proses rekabentuk dapat meningkatkan visualisasi dan komunikasi kerana RBK mempunyai fasiliti yang berupaya menterjemahkan idea perekabentuk secara maya melalui paparan grafik seakan produk sebenar sebelum ianya dihasilkan diperingkat akhir rekabentuk(Hodgson, 2008; Brett F. Robertson, Walther, & Radcliffe, 2007). Berdasarkan kelebihan RBK diperingkat rekabentuk konsep, penyelidik cuba mengkaji serta meneroka bagaimana jika RBK digunakan sebagai medium penjanaan idea untuk merekabentuk produk inovasi diperingkat awal proses rekabentuk produk selain daripada menggunakan kaedah lakaran tangan. Secara ringkasnya objektif utama dalam kajian ini adalah untuk menentukan konstruk dan sub konstruk yang terdapat dalam RBK yang berpotensi dapat menjana idea inovasi dalam rekabentuk produk melalui pemerhatian secara dekat dengan kaedah ‘think aloud protocol’.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:solid modeling, simulation model
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61312
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:30 Mar 2017 07:24
Last Modified:30 Mar 2017 07:24

Repository Staff Only: item control page