Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek (PJBL) di politeknik Malaysia

Mohd. Yusof, Mohd. Noramdzan and Musta’amal, Aede Hatib and Ismail, Nor Salwa (2014) Pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek (PJBL) di politeknik Malaysia. In: 1st International Education Postgraduate Seminar Proceeings Volume 3, 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
358kB

Abstract

Kajian awal ini dijalankan bagi mengenal pasti sejauh manakah enam prinsip PjBL yang dicadangkan oleh Adria Steinberg (1998) dilaksanakan di dalam Projek Semester Akhir Diploma Politeknik. Enam prinsip PjBL tersebut ialah (1) „Authenticity. (kesahihan); (2) „Academic Rigor. (ketelitian akademik), (3) „Applied Learning. (pengaplikasian pembelajaran), (4) „Active Exploration. (eksplorasi aktif ), (5) „adult Relationship. (hubungan dewasa), dan (6) „Assessment. (penaksiran ).Instrumen kajian yang digunakan adalah dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menemubual dua orang pensyarah politeknik yang mengajar bidang kejuruteraan dari dua politeknik yang berasingan. Data daripada temubual ini dianalisa dengan menggunakan perisian Atlas Ti versi 7.0 dan hasil kajian mendapati bahawa hanya terdapat lima daripada enam prinsip pelaksanaan PjBL yang diperkenalkan oleh Adria Steinberg (1998) dilaksanakan di dalam projek semester akhir di Politeknik. Hasil kajian juga mendapati bahawa hanya satu Prinsip pelaksanaan PjBL yang dicadangkan Adria Steinberg (1998) yang tidak diberi penekanan sepenunhnya iaitu „Applied Learning. (pengaplikasian pembelajaran).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:project-based learning, the polytechnic
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61309
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:30 Mar 2017 07:23
Last Modified:30 Mar 2017 07:23

Repository Staff Only: item control page