Surif, Johari and Abd. Ghafar, Nor Hidayah and Ibrahim, Nor Hasniza and Abdullah, Abdul Halim (2014) Penyelesaian masalah rutin dan bukan rutin dalam pendidikan matematik. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Johor Bahru, Malaysia.
|
PDF
68kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran dan strategi penyelesaian masalah rutin dan bukan rutin bagi Tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik. Kajian secara kualitatif dilakukan dengan menggunakan reka bentuk deskriptif. Seramai 219 orang pelajar Tingkatan Empat yang dipilih secara rawak mudah dari tiga buah sekolah yang terdapat di Daerah Ledang telah dipilih di dalam kajian ini sebagai responden kajian. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan instrumen berbentuk set ujian dan temubual. Seramai enam orang pelajar telah dipilih secara persampelan bertujuan bagi sesi temubual. Data daripada set ujian dianalisis menggunakan teknik analisis statistik deskriptif. Microsoft Excel telah digunakan bagi menterjemahkan data yang dianalisis ke dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Manakala data temubual dianalisis dengan menggunakan teknik analisis kandungan. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kemahiran penyelesaian masalah rutin berayat pelajar berada pada tahap yang rendah manakala tahap kemahiran penyelesaian masalah rutin tidak berayat berada pada tahap yang tinggi. Tahap kemahiran masalah bukan rutin pula berada pada tahap yang rendah. Dapatan juga menunjukkan strategi penyelesaian masalah bukan rutin lebih banyak berbanding strategi penyelesaian masalah rutin. Walaubagaimanapun, pelajar mempunyai tahap yang rendah dalam penggunaan Model Polya bagi menyelesaikan masalah rutin dan bukan rutin terutamanya bagi langkah empat iaitu menyemak semula jawapan. Pelajar tidak menggunakan teknik menyemak jawapan yang tepat sekali gus memberi kesan terhadap kebarangkalian mendapatkan jawapan yang tepat. Keseluruhannya, penekanan kepada penyelesaian masalah bukan rutin perlulah diberi perhatian di dalam dunia pendidikan khususnya di dalam subjek matematik. Guru-guru perlulah mahir dalam menyediakan dan mengajar pengajaran yang melibatkan masalah bukan rutin bagi menjana pemikiran aras tinggi pelajar.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | troubleshooting, expression and quadratic equations |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 61265 |
Deposited By: | Fazli Masari |
Deposited On: | 22 Mar 2017 01:29 |
Last Modified: | 11 Sep 2017 07:38 |
Repository Staff Only: item control page