Surif, Johari and Muniandy, Vinogharri (2014) Penerapan strategi pengutaraan masalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. In: 1st International Education Postgraduate Seminar, 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.
|
PDF
2MB |
Abstract
Artikel ini merupakan cadangan penyelidikan bagi mengenalpasti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Strategi Pengutaraan Masalah dalam kalangan pelajar kimia,dan jenis-jenis pengutaraan masalah yang diaplikasikan oleh pelajar kimia. Kajian ini juga menentukan hubung kait di antara strategi pengutaraan masalah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, serta mengenalpasti proses pengutaraan masalah dalam kalangan pelajar kimia. Kajian secara deskriptif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan telah digunakan. Responden terdiri daripada 370 pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata pelajaran kimia di tiga buah sekolah sekitar Bandar Kajang. Data diperoleh melalui instrumen Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Temubual Separa Berstruktur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Data kajian ini, dianalisis dengan menggunakan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjelaskan tahap kemahiran berfikir aras tinggi, strategi dan jenis-jenis pengutaraan masalah yang digunakan pelajar dalam menyelesaikan masalah kimia serta hubung kait antara strategi pengutaraan masalah terhadap tahap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Implikasi dapatan ini tentunya akan memberikan penjelasan terhadap pentingnya pengutaraan masalah bagi membantu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar yang amat diperlukan dalam pembangunan pelajar dan masyarakat era globalisasi ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), learning strategy |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 61263 |
Deposited By: | Fazli Masari |
Deposited On: | 22 Mar 2017 01:28 |
Last Modified: | 22 Mar 2017 01:28 |
Repository Staff Only: item control page