Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Modul pengajaran sains topik nutrisi berteraskan model konstruktivis bersepadu

Jelani, Zainab and Surif, Johari and Shakib, Sulaiman (2014) Modul pengajaran sains topik nutrisi berteraskan model konstruktivis bersepadu. In: 1st International Education Postgraduate Seminar, 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1MB

Abstract

Artikel ini membincangkan peranan modul yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah dalam pendidikan sains untuk menerapkan elemen tauhid melalui kurikulum sains sebagai satu usaha mewujudkan masyarakat seimbang yang menghayati dan membangunkan ilmu secara bersepadu selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kepentingan pengukuhan aqidah melalui sains amat diperlukan untuk melahirkan insan yang bersahsiah mulia serta mampu memikul tanggungjawab terhadap diri sendiri, masyarakat, dan negara. Namun begitu, hasil kajian mendapati kurikulum sains di Malaysia disampaikan hanya terbatas kepada ilmu akal dan tiada kesepaduan antara ilmu aqli (akal) dan ilmu naqli (wahyu). Sehubungan dengan itu, modul pengajaran Sains Tingkatan 2 topik “Nutrisi” menggunakan Model Konstruktivis Bersepadu sebagai asas pembentukan modul ini bertujuan menyatukan aqidah tauhid dengan sains sebagai usaha pengislamisasian ilmu sains bagi melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan serta mempunyai aqidah tauhid yang kukuh.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Al-Quran and Al-Sunnah in science education, elements of faith through the science curriculum
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61262
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 01:27
Last Modified:22 Mar 2017 01:27

Repository Staff Only: item control page