Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aplikasi mudah alih bagi pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan kepada kaedah fonetik dan oral aural

Sulaiman, Mohd. Fadlee and Atan, Noor Azean (2014) Aplikasi mudah alih bagi pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan kepada kaedah fonetik dan oral aural. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
346kB

Abstract

Selaras dengan perkembangan ICT dan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah Malaysia, penghasilan bahan bantu mengajar seperti Koswer serta menerusi web telah banyak dibangunkan. Begitu juga dengan penggunaan Mobile Learning seperti peranti pintar berplatfom Android dan iOS yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan pendidikan negara maju. Walaupun penggunaan Mobile Learning semakin berkembang dan diintegrasikan dalam pembelajaran namun reka bentuk penyampaiannya perlu diberi perhatian terutama kepada pelajar pendidikan khas yang sering dilihat ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Sejajar dengan matlamat pendidikan negara terhadap pengimplementasian ICT dalam pendidikan, sebuah aplikasi mudah alih (apps) pembelajaran Bahasa Melayu dibangunkan berdasarkan kepada kaedah fonetik dan oral-aural. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan apps dalam menyokong perkembangan kemahiran membaca mereka berdasarkan kepada Model Reka Bentuk Hannafin and Peck. Dengan menggunakan kaedah fonetik dan oral-aural yang disuntik ke dalam apps Mari Baca ini, ia juga membantu dalam perubahan tingkah laku pelajar lembam sekaligus menyokong kepada peningkatan prestasi pembelajaran mereka. Seramai 5 orang responden terlibat dalam kajian ini dalam kalangan pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di salah sebuah sekolah luar bandar. Dengan nilai kebolehpercayaan instrumen a = 0.835, hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan pencapaian pelajar telah meningkat kepada tahap lebih baik. Secara keseluruhan, penggunaan apps Mari Baca dalam pembelajaran pelajar lembam telah menunjukkan perkembangan yang baik terhadap pencapaian dan kemahiran membaca serta perubahan yang positif terhadap tingkah laku mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:mobile applications, methods phonetic
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61248
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 01:20
Last Modified:22 Mar 2017 01:20

Repository Staff Only: item control page