Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

E-portfolio dalam pelaksanaan penyediaan bahan PBS menerusi strategi pembelajaran kolaboratif

Md. Nasir, Md. Azhan and Atan, Noor Azean and Abd. Shukor, Nurbiha (2014) E-portfolio dalam pelaksanaan penyediaan bahan PBS menerusi strategi pembelajaran kolaboratif. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
134kB

Abstract

Pelaksanaan kajian semula terhadap sistem pendidikan negara telah dilakukan secara menyeluruh oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2010 yang lalu, dengan hasrat untuk membangunkan sebuah Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Rentetan daripada pembangunan pelan ini, kaedah penilaian pendidikan telah diberi penambahbaikan dengan mewujudkan penilaian berasaskan sekolah atau lebih dikenali sebagai PBS. Penilaian berkualiti yang dilakukan melalui PBS ini akan mampu mencungkil bakat dan kemahiran pelajar yang tidak dapat diketahui melalui penilaian peperiksaan konvensional biasa. Walau bagaimanapun, pelaksanaan PBS di sekolah tidaklah semudah yang disangka kerana terdapat beberapa permasalahan yang wujud. Antara masalah yang dikenal pasti adalah pergantungan penyediaan bahan PBS secara manual, proses penyimpanan bahan PBS yang menyulitkan, masa penyediaan bahan PBS yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), tiada galakkan untuk pelajar membuat refleksi terhadap pembelajaran mereka, ketelusan penandaan bahan PBS, penyediaan bahan PBS yang tidak melibatkan penggunaan teknologi dan proses penyediaan PBS yang terlalu mementingkan hasil kerja individu pelajar secara sendirian. Kesannya, PBS yang dianggap sebagai pengurangan kebergantungan penilaian peperiksaan menjadi bebanan baru kepada guru kerana terpaksa melaksanakan kedua-dua penilaian sumatif dan formatif ini. Akhirnya PBS tidak dapat menjadikan proses P&P lebih menarik dan efektif. Justeru, penambahbaikan dalam penyediaan bahan PBS oleh pelajar perlu dilakukan seiring dengan perkembangan teknologi haruslah diintegrasikan bersama. Sebuah sistem sistematik dalam menyelenggarakan penyediaan bahan PBS perlu disediakan agar penghasilan bahan PBS dapat dinilai dengan lebih telus dan kaedah penyimpannya perlu mudah diakses. Selain daripada pengurusan dan penghasilan bahan pembelajaran yang efisien disediakan, pengimplementasian sebuah strategi pembelajaran yang efektif juga perlu diintegrasikan bersama melalui kecanggihan teknologi komputer. Justeru dalam penyelidikan ini kaedah pembelajaran secara kolaboratif telah dipilih untuk diimplemenkan dalam penghasilan bahan PBS yang menekankan elemen penglibatan guru dan pelajar, eksplorasi, transformasi, persembahan dan refleksi sepanjang penyediaan bahan PBS iaitu menerusi platform e-Portfolio.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), e-portfolio
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61247
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 01:19
Last Modified:22 Mar 2017 01:19

Repository Staff Only: item control page