Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aktiviti pembelajaran dalam persekitaran autentik berdasarkan kontinum pemikiran visualisasi bagi pembentukan ingatan kerja kanak-kanak sindrom down

Abd. Rahim, Muhammad Azri and Atan, Noor Azean (2014) Aktiviti pembelajaran dalam persekitaran autentik berdasarkan kontinum pemikiran visualisasi bagi pembentukan ingatan kerja kanak-kanak sindrom down. In: 1st International Education Postgraduate Seminar 2014, 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
356kB

Abstract

Sindrom down terjadi akibat dari penghasilan kromosom manusia yang ke -21 yang didapati tidak normal iaitu 47 kromosom yang menyebabkan berlakunya masalah sindrom down dalam diri seseorang sejak ia dilahirkan (Reynolds, 2010). Menurut Buckley (2000), seseorang yang mengalami sindrom down akan cenderung mengalami pelbagai kompilasi masalah kesihatan yang akan menganggu perkembangan fizikal serta intelektual mereka seperti masalah pendengaran, leukemia, tiroid, dementia, masalah jantung dan osteoporosis. Melalui aspek pembangunan fizikal mereka, terdapat beberapa ciri-ciri yang dikenalpasti terhadap seseorang yang mengalami masalah sindrom down iaitu mempunyai bentuk muka yang leper, leher yang sedikit pendek dari manusia normal, lidah pendek, ketinggian yang terganggu dari tahap pembangunan normal,dan terdapat otot dan sendi yang lemah. Disamping itu juga, individu sindrom down menunjukkan kelemahan dari sudut perkembangan intelektual mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:sindrom down, phonological loop
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61246
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 01:18
Last Modified:22 Mar 2017 01:18

Repository Staff Only: item control page