Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembentukan kemahiran reka bentuk melalui pembelajaran aktif dalam persekitaran autentik bagi pelajar bermasalah pembelajaran spesifik

Mohd. Zahirruddin, Nurul Athirah and Atan, Noor Azean (2014) Pembentukan kemahiran reka bentuk melalui pembelajaran aktif dalam persekitaran autentik bagi pelajar bermasalah pembelajaran spesifik. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
322kB

Abstract

Perbezaan tahap intelektual individu yang melibatkan gaya pembelajaran, minat, motivasi diri, kemahiran dan keperluan dalam pembelajaran, menjadi dugaan dan cabaran dalam bidang pendidikan masa kini. Hal ini memerlukan strategi atau pendekatan pengajaran yang bersesuaian mengikut kandungan kurikulum sekolah serta kemampuan pelajar. Setiap individu sebenarnya mempunyai kemampuan menerima sesebuah pembelajaran yang berbeza iaitu daripada pelajar yang mampu mencapai sehingga ketahap pemikiran aras tinggi sehinggalah kepada golongan pelajar bermasalah pembelajaran. Ketidakupayaan sesetengah pelajar untuk senantiasa seiring dalam pembelajaran dengan rakan-rakan lain, telah menimbulkan perasaan rendah diri, penurunan tahap motivasi, serta mengalami gangguan emosi dan tingkah laku EBD (Emotional or Behavioral Disorders) dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran pembelajaran sekeliling. Pelajar yang mengalami permasalah seperti ini dikenali sebagai Pelajar Bermasalah Pembelajaran Spesifik atau pelajar lembam iaitu mereka menghadapi masalah dalam mengikut arahan, mengalami kesukaran dalam menerima maklumat visual atau auditorit, kurang kemahiran serta tidak dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan mempunyai masalah ingatan. Justeru bagi memberi peluang kepada mereka mengikuti pembelajaran dengan baik, maka sebuah persekitaran pembelajaran yang aktif serta bermakna dan menyokong kepada peningkatan fahaman dan ingatan perlu dilaksanakan. Oleh demikian, strategi pembelajaran aktif dalam persekitaran autentik iaitu realistik diintegrasikan bersama dalam pembelajaran pelajar lembam ini supaya dapat meransang motivasi serta minda mereka agar terus memberi fokus dalam pembelajaran, berpeluang menimba pengalaman melalui aktiviti pembelajaran yang autentik dalam menyokong kepada pengekalan maklumat ingatan, dan seterusnya pembentukan kemahiran reka bentuk mereka. Maka dengan adanya kemudahan teknologi web masa kini, maka ciri-ciri strategi pembelajaran aktif dalam persekitaran autentik melalui penyediaan ruang refleksi kendiri terhadap aktiviti pembelajaran pelajar dan ruang bagi membina pengalaman autentik direka bentuk bagi membantu pelajar bermasalah pembelajaran spesifik belajar lebih berfokus seterusnya menyokong kepada pembentukan kemahiran reka bentuk mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:design skills, active learning
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61243
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 01:15
Last Modified:22 Mar 2017 01:15

Repository Staff Only: item control page