Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keperluan modul I-think dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

Nik Hassan, Nik Rosnizasuzila and Mohd. Kosnin, Azlina and Mohamad Ashari, Zakiah (2015) Keperluan modul I-think dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. In: 2nd International Education Postgraduate Seminar, 20-21 Dec, 2015, Johor Bahru, johor.

[img]
Preview
PDF
174kB

Abstract

Pendidikan masa kini sangat menekankan penggunaan pemikiran secara kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, kerajaan melalui Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Program i-THINK. Di sekolah-sekolah seluruh Malaysia dengan tujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid yang berfikiran kreatif. Guru- guru telah didedahkan dengan program i-THINK melalui kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh pihak KPM mahu pun pihak sekolah. Oleh itu, satu kajian dijalankan untuk mengenal pasti keperluan pembinaan modul i-THINK dalam melaksanakan program ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Seramai 7 orang guru daripada dua buah sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan (agama) terlibat dalam kajian awal ini. Temu bual separa terbuka telah dijalankan dalam kajian ini untuk mengenal pasti keperluan pembinaan modul i-THINK. Hasil temu bual menunjukkan bahawa guru memerlukan modul ini supaya apa yang diajar dalam bilik darjah dapat diselaraskan di semua sekolah seluruh Malaysia. Guru terlibat juga menyatakan wajar sekiranya mereka dibekalkan modul mengikut mata pelajaran yang diajar. Dengan adanya modul pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat diselaraskan secara berstruktur di semua sekolah-sekolah di Malaysia. Oleh itu, wajar bagi pihak KPM membekalkan modul mengikut mata pelajaran sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:program I-Think, kemahiran berfikir
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:61230
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:31 Mar 2017 06:17
Last Modified:10 Aug 2017 00:57

Repository Staff Only: item control page