Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penghujahan saintifik pelajar melalui pembinaan hujah bertulis dalam pengajaran dan pembelajaran berintegrasikan penghujahan

Lee, Ling Heng and Surif, Johari and Cher, Hau Seng and Lee, Lian Ket (2014) Penghujahan saintifik pelajar melalui pembinaan hujah bertulis dalam pengajaran dan pembelajaran berintegrasikan penghujahan. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
347kB

Abstract

Penghujahan saintifik merupakan matlamat utama pendidikan sains masa kini dan diberi penekanan utama memandangkan kebolehannya dalam memupuk pembinaan pengetahuan saintifik pelajar. Kajian ini bertujuan mengkaji penguasaan dan skema penghujahan saintifik pelajar dalam pembinaan hujah saintifik selepas tamat sesi pengajaran berintegrasikan penghujahan berdasarkan kerangka Berland dan McNeil. Seramai 176 pelajar tingkatan empat aliran sains dari lima buah sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpul dengan menggunakan instrumen Ujian Penghujahan Saintifik Terbuka (UPSB) dan Temubual Separa Berstruktur Pelajar (TSBP). Data daripada hujah bertulis pelajar dianalisis dengan menggunakan sistem perisian SPSS Version 19.0 serta teknik analisis kandungan bagi menghuraikan secara mendalam penguasaan dan skema penghujahan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara hujah saintifik dengan hujah tidak saintifik yang dibina oleh pelajar. Pelajar aliran sains berupaya membentuk hujah saintifik dengan konsep sains yang tepat. Walaubagaimana pun, kebanyakan hujah saintifik yang dibentuk adalah hujah mudah pada aras makroskopik. Ini menunjukkan pelajar mempunyai pengetahuan terhadap fenomena yang dikaji tetapi tidak berupaya memberikan hubungan antara ketiga-tiga aras perwakilan iaitu makroskopik, sub mikroskoipk dan persimbolan bagi konsep yang terlibat. Sementara itu, skema penghujahan saintifik yang kerap dijumpai dalam kalangan pelajar adalah skema mudah yang terdiri daripada elemen dakwaan, bukti dan alasan ringkas pada aras makroskopik serta kekurangan elemen penyangkal berkaitan hujah alternatif. Justeru, guru sains seharusnya merancang pengajaran supaya berpusatkan pelajar serta menekankan aktiviti-aktiviti yang berteraskan penghujahan saintifik. Pendedahan dan pengalaman kemahiran penghujahan saintifik yang diperolehi dapat meningkatkan penguasaan penghujahan saintifik pelajar sekaligus meningkatkan pemahaman pengetahuan kandungan sains pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:scientific argumentation, various levels of representation
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61206
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 00:36
Last Modified:22 Mar 2017 00:36

Repository Staff Only: item control page