Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aplikasi modul terapi jiwa dalam kalangan pesakit mental dan faedahnya terhadap kesihatan jiwa

Masroom, Mohd. Nasir (2016) Aplikasi modul terapi jiwa dalam kalangan pesakit mental dan faedahnya terhadap kesihatan jiwa. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Tamadun Islam.

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Dalam Islam, kesihatan jiwa bukanlah satu perkara yang asing dan baharu. Ini terbukti dengan perutusan Nabi Muhammad SAW yang menekankan kepada pembinaan akidah dan akhlak untuk membina jiwa yang sihat. Namun begitu, kekurangan pengetahuan mengenai konsep dan kepentingan kesihatan jiwa dari perspektif Islam menyebabkan ia terpisah daripada bidang psikiatri moden. Pada masa yang sama, pendekatan dari perspektif Islam untuk merawat jiwa pesakit mental masih lagi kurang dikaji secara emperikal. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep kesihatan jiwa daripada perspektif al-Quran, mengenalpasti ibadah atau amalan yang sesuai untuk merawat jiwa pesakit mental, diikuti dengan pembinaan Modul Terapi Jiwa (MTJ) yang berasaskan al-Quran. Selain itu, kajian ini turut mengenalpasti faedah yang diperolehi oleh responden selepas mengikuti modul ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif deskriptif dengan melakukan analisis kandungan terhadap perkataan al-qalb, al-rūḥ, al-‘aql dan al-nafs (QRAN) yang terdapat di dalam al-Quran. Manakala untuk menganalisis faedah selepas menjalani terapi, reka bentuk fenomenalogi telah digunakan. Seramai lima orang pesakit mental di Hospital Permai, Johor Bahru telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Temubual separa berstruktur telah dijalankan dan dianalisis menggunakan kaedah Interpretative Phenomenology Analysis (IPA) dengan sokongan perisian Nvivo 10. Pemerhatian dan analisis dokumen turut dilakukan sebagai triangulasi kepada data temubual. Hasil analisis kandungan terhadap QRAN telah menghasilkan tema utama yang merangkumi konsep jiwa, ciri jiwa positif, ciri jiwa negatif dan ibadah/amalan yang sesuai untuk merawat jiwa yang sakit. Tema-tema inilah yang digunakan dalam membina MTJ. Hasil kajian mendapati bahawa ibadah dan amalan yang diaplikasikan dalam MTJ memberi faedah terhadap responden yang dilihat daripada tiga aspek iaitu diri sendiri, hubungan dengan orang lain dan hubungan dengan Allah SWT. Selepas mengikuti MTJ, responden didapati berasa tenang, aman dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan, bersikap positif, menerima suratan takdir dan meningkatkan kualiti ibadah serta pengetahuan agama mereka. Hubungan dengan orang lain pula adalah mesra, boleh bekerjasama dan saling menghormati. Manakala hubungan dengan Allah SWT dapat dilihat apabila responden menunaikan solat fardu, solat sunat dan amalan zikir. Ini membuktikan bahawa kesihatan jiwa dapat dipertingkatkan apabila ibadah dilakukan dengan sempurna. Kajian ini memberi implikasi kepada bidang ilmu yang berkaitan dengan kesihatan jiwa dan kaedah merawat jiwa dari perspektif Islam. Selain itu, MTJ boleh dijadikan panduan kepada psikiatri, kaunselor dan pembimbing dalam memenuhi keperluan rohani pesakit mental yang beragama Islam.

Item Type:Thesis (PhD)
Additional Information:Thesis (Ph.D)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2016; Supervisors : Dr. Siti Norlina Muhamad, Dr. Siti Aisyah Abdul Rahman
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF637 Counseling
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Management
ID Code:61205
Deposited By: Dr Mohd Nasir Masroom
Deposited On:04 Apr 2017 06:56
Last Modified:08 Oct 2017 07:29

Repository Staff Only: item control page