Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan modul CHEMQ berdasarkan PPK bagi konsep persamaan kimia

Addin, Nur Farahain and Ibrahim, Nor Hasniza and Surif, Johari (2014) Pembangunan modul CHEMQ berdasarkan PPK bagi konsep persamaan kimia. In: Prosiding Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
241kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pembelajaran iaitu Modul ChemQ berdasarkan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) bagi konsep Persamaan Kimia. Modul ini bertujuan membantu mengatasi kelemahan pelajar dalam menguasai konsep persamaan kimia. Pengetahuan Pedagogi Kandungan terdiri daripada lima komponen iaitu (i) Pengetahuan Terhadap Konsep, (ii) Pengetahuan Terhadap Kepentingan Konsep, (iii) Pengetahuan Terhadap Kesukaran Pelajar Menguasai Konsep Persamaan Kimia, (iv) Pengetahuan Terhadap Strategi Pengajaran, dan (v) Pengetahuan Terhadap Teknik Penilaian. Dua strategi pengajaran berdasarkan Model Penyelesaian Polya dan Model Needhem Lima Fasa telah dikemukan dalam Modul ChemQ. Seramai 22 orang pelajar di sebuah sekolah menengah di kawasan Skudai terlibat dalam kajian ini. Pengumpulan data di lakukan menerusi ujian diagnostik. Ujian diagnostik telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengenal pasti kelemahan pelajar dalam konsep dan menilai keberkesanan perlaksanaan Modul ChemQ terhadap pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Data yang diperoleh daripada ujian diagnosis diproses dengan menggunakan kaedah kuantitatif secara peratusan dan kualitatif secara kandungan. Berdasarkan keputusan kajian, pelajar mempunyai kelemahan dalam menguasai konsep persamaan kimia dan Modul ChemQ sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah tersebut. Di samping itu, cadangan penambahbaikan turut diberikan oleh pengkaji bagi meningkatkan keberkesanan modul. Justeru itu, modul sesuai digunakan selain dapat mempelbagaikan bahan rujukan para pelajar dalam bidang kimia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pedagogical content knowledge, five-phase model needham
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61203
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 00:35
Last Modified:22 Mar 2017 00:35

Repository Staff Only: item control page