Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) menerusi pandangan guru

Samsudin, Siti Anisha and Ibrahim, Nor Hasniza and Surif, Johari and Abdullah, Abdul Halim (2014) Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) menerusi pandangan guru. In: Prosiding Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
206kB

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menerusi pandangan guru. Bagi mencapai tujuan ini, tahap kefahaman berkaitan konsep PBS, persepsi dan masalah pelaksanaan PBS dalam kalangan pelajar pascasiswazah dikenal pasti. Seramai 34 orang guru yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah Fakulti Pendidikan telah dilibatkan sebagai responden di dalam kajian ini. Data dikumpulkan menerusi soal selidik dan temubual. Soalan soal selidik terdiri daripada 34 item yang berskala Likert. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu peratusan dan purata min. Manakala temubual dianalisis secara teknik analisis kandungan. Hasil dari kajian ini, didapati kebanyakan responden menyatakan bahawa mereka jelas dengan objektif dan matlamat yang perlu dicapai dalam pelaksanaan PBS dan responden juga merasakan soalan-soalan bagi PBS bersesuaian mengikut tahap band yang tertentu. Dapatan juga menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa mereka tidak diberikan kursus dan latihan sebelum melaksanakan PBS disekolah. Semua dapatan daripada soal selidik di sokong oleh responden yang terlibat dalam sesi temubual yang dijalankan. Oleh yang demikian, dengan adanya kajian ini diharapkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini menjadi lebih baik, menarik dan dapat diteruskan pelaksanaannya oleh guru dalam sistem pendidikan akan datang yang dikatakan lebih mencabar terutama buat golongan pendidik.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:PBS concept, perceptions of PBS
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61198
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 00:34
Last Modified:22 Mar 2017 00:34

Repository Staff Only: item control page