Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Modul Pengajaran Quranic Penaakulan Matematik berasaskan kaedah inkuiri

Saimi, Najiha and Ibrahim, Nor Hasniza and Surif, Johari and Abdullah, Abdul Halim (2014) Modul Pengajaran Quranic Penaakulan Matematik berasaskan kaedah inkuiri. In: Prosiding Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
681kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pengajaran Quranic Penaakulan Matematik berasaskan kaedah inkuiri. Pengajaran secara inkuiri ini menerapkan pernyataan dari ayat Al-Quran dan unsur sejarah matematik Islam. Kajian ini juga turut dibina untuk mengkaji kesesuaian Modul Pengajaran Quranic Penaakulan Matematik terhadap pembelajaran dan pengajaran. Untuk mencapai tujuan tersebut, seramai lapan orang guru matematik sekolah menengah di daerah Johor dan pensyarah pendidikan matematik fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dipilih sebagai responden kajian. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kesesuaian modul dinamakan Borang Penilaian Modul Pengajaran Quranic Penaakulan Matematik. Ia mengandungi 40 item berbentuk skala Likert dan lima soalan penilaian umum. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam menganalisis data iaitu nilai min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar guru memberikan pandangan positif bahawa modul dapat meningkatkan nilai keislaman dan pengetahuan sejarah Islam dalam diri pelajar. Secara keseluruhannya, tahap kesesuaian Modul Pengajaran Quranic Penaakulan Matematik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mendapati modul ini dapat membantu mengatasi kesukaran pelajar dalam memahami konsep Hujah di dalam topik Penaakulan Matematik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cadangan kajian lanjutan turut dikemukakan untuk tujuan penambahbaikan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:statistik deskriptif, knowledge of Islamic history
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61197
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 00:33
Last Modified:22 Mar 2017 00:33

Repository Staff Only: item control page