Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Modul pengajaran cahaya quran berasaskan kaedah inkuiri bagi topik pantulan cahaya tingkatan 4

Saim, Nurshamela and Ibrahim, Nor Hasniza and Surif, Johari and Ali, Marlina and Abdullah, Abdul Halim (2014) Modul pengajaran cahaya quran berasaskan kaedah inkuiri bagi topik pantulan cahaya tingkatan 4. In: Prosiding Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
572kB

Abstract

Kesan daripada strategi pengajaran yang tidak menarik punca mata pelajaran Fizik sering dianggap sukar oleh pelajar. Kajian ini dijalankan bagi membina sebuah modul pengajaran yang dinamakan ‘Modul Pengajaran Cahaya Quran’. Modul Pengajaran Cahaya Quran dibina bagi topik Pantulan Cahaya yang berasaskan kaedah inkuiri dengan menerapkan ilmu Al-Quran dan unsur sejarah saintis Muslim. Kajian ini turut mengenal pasti kesesuaian Modul Pengajaran Cahaya Quran dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Oleh yang demikian, seramai lapan orang pendidik yang mempunyai latar belakang dalam Fizik sekitar Negeri Johor dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan bagi menilai modul ini adalah borang soal selidik yang mengandungi 40 soalan skala Likert lima dan lima soalan penilaian umum. Dapatan kajian mendapati sebahagian besar responden telah memberikan pandangan positif mengenai Modul Pengajaran Cahaya Quran berdasarkan kriteria iaitu 1) isi kandungan pengajaran 2) pengaplikasian pantulan cahaya 3) miskonsepsi dan kesukaran 4) strategi pengajaran dan 5) teknik penilaian yang sesuai untuk dilaksanakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Malah, modul ini juga didapati dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Walau bagaimanapun terdapat beberapa cadangan turut dikemukakan untuk penambahbaikan modul agar lebih menarik dan efektif. Antaranya ialah susunan modul dengan konsep modul sebenar, penerangan lebih terperinci pada sesi pengajaran serta melatih pelajar mahir untuk melukis rajah sinar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:the history of muslim scientists, teaching modules
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61195
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 00:32
Last Modified:22 Mar 2017 00:32

Repository Staff Only: item control page