Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kesedaran pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)

Ahmed, Surya Ain and Ibrahim, Nor Hasniza and Surif, Johari and Abdullah, Abdul Halim (2014) Tahap kesedaran pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). In: Prosiding Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
383kB

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kesedaran pelajar tahun 4 di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Bagi mencapai tujuan ini, tahap kesedaran pelajar tahun 4 di Fakulti Pendidikan UTM berkenaan pelaksanaan PBS dan langkah-langkah penambahbaikan PBS dikenalpasti. Kajian rintis digunakan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai Alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.902. Seramai 150 orang pelajar tahun 4 di Fakulti Pendidikan UTM telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data dikumpul dalam bentuk soal selidik dan temubual. Soalan dalam set soal selidik terdiri daripada 35 item yang berskala likert. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu frekuensi,dan peratusan. Manakala temubual dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa pelajar tahun 4 di Fakulti Pendidikan hanya mempunyai tahap kesedaran yang umum mengenai pelaksanaan PBS, mereka tidak mengetahui kaedah pelaksanaan PBS secara lebih terperinci. Tambahan pula, pelajar tahun 4 di Fakulti Pendidikan berpendapat PBS memberi kesan positif terhadap para pelajar di sekolah. Namun, masih ada beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi beberapa kelemahan dalam pelaksanaan PBS. Mereka juga berpendapat pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengambilkira pandangan guru-guru terhadap pelaksanaan PBS seterusnya melaksanakan kajian terperinci mengenai kebaikan dan keburukan PBS. Manakala pihak guru-guru perlu mengambil inisiatif untuk mengubah sikap mereka terutamanya dari aspek keadilan terhadap semua pelajar. Guru-guru juga perlu bijak membahagi masa antara pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pelaksanaan PBS. Seterusnya, guru-guru perlu bijak mempelbagai kaedah pengajaran yang dijalankan oleh mereka sepanjang proses PdP. Oleh itu diharapkan kajian ini dapat digunakan untuk menambahbaik pelaksanaan PBS di peringkat sekolah dan meningkatkan lagi sistem penilaian pendidikan di Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), reliability of the instrument
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61194
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 00:31
Last Modified:22 Mar 2017 00:31

Repository Staff Only: item control page