Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan modul kimia 'UM' untuk meningkatkan kefahaman konsep pelajar bagi topik ikatan kovalen

Selamat, Minah and Ibrahim, Nor Hasniza and Surif, Johari (2014) Pembinaan modul kimia 'UM' untuk meningkatkan kefahaman konsep pelajar bagi topik ikatan kovalen. In: Prosiding Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
294kB

Abstract

Modul pengajaran yang berkesan diperlukan di dalam pengajaran dan pembelajaran sains untuk meningkatkan pembentukan konsep. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pengajaran bagi konsep asas ikatan kovalen berasaskan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK). Pembangunan Modul Kimia UM telah mengambil kira persoalan-persoalan yang terdapat di dalam CoRe. Strategi pengajaran yang telah digunakan dalam modul ini adalah pendekatan inkuiri dan aktiviti hands on. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji keberkesanan Modul Kimia UM yang telah dibina. Bagi mencapai tujuan tersebut, kefahaman pelajar sebelum dan selepas pendedahan Modul Kimia UM telah dikenalpasti. Kajian deskriptif ini melibatkan 30 orang pelajar di sebuah sekolah di Kota Tinggi, Johor. Pengumpulan data dilakukan melalui ujian. Skor ujian dianalisis menggunakan frekuensi, peratus dan min. Dapatan awal kajian mendapati, majoriti pelajar sukar mengenalpasti dan menerangkan pembentukan ikatan kovalen, melukis rajah ikatan kovalen serta menulis formula sebatian. Akan tetapi, setelah pelajar didedahkan kepada penggunaan Modul Kimia UM kefahaman pelajar dalam topik ikatan kovalen dapat dipertingkatkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pedagogical content knowledge (KDP), the formation of covalent bonds, drawing diagrams bond
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61193
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 00:31
Last Modified:22 Mar 2017 00:31

Repository Staff Only: item control page