Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Modul pengajaran Q-Redoks berasaskan model 5E bagi topik pengaratan dalam unsur redoks

Mohd. Hairon, Syafiqah and Ibrahim, Nor Hasniza and Surif, Johari and Abdullah, Abdul Halim (2014) Modul pengajaran Q-Redoks berasaskan model 5E bagi topik pengaratan dalam unsur redoks. In: Prosiding Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
244kB

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan membina modul pengajaran kimia iaitu Modul Q-Redoks bagi pelajar Tingkatan 5 dalam topik pengaratan dalam unsur redoks. Modul ini menggunakan strategi pengajaran model inkuiri 5 Fasa dengan penerapan ayat Al-Quran dan sejarah nabi. Bagi mengkaji kesesuaian modul Q-Redoks, seramai lapan orang guru kimia di sekitar Johor Bahru dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian dinilai dengan menggunakan Borang Penilaian Modul Q-Redoks yang terdiri daripada 38 item yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian A merupakan latar belakang responden, Bahagian B merupakan isi kandungan, kepentingan modul, strategi pengajaran iaitu kaedah inkuiri dan penerapan ayat Al-Quran serta teknik penilaian yang digunakan. Manakala Bahagian C pula merupakan penilaian umum Modul Q-Redoks. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar guru kimia memberikan pandangan positif mengenai modul Q-Redoks yang memuatkan model inkuiri 5 fasa iaitu engage (memberi perhatian), explore (meneroka), explain (menerang), elaborate (mengembang) dan evaluate (menilai). Responden bersetuju bahawa model inkuiri 5E sesuai digunakan sebagai salah satu strategi pengajaran yang berkesan. Dapatan kajian juga mendapati penggunaan ayat Al-Quran sebagai medium dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dilaksanakan. Beberapa cadangan turut dikemukakan bagi memperbaiki modul agar dapat menghasilkan modul yang lengkap dan efektif kelak.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:chemistry teaching modules, module Q-Redox
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61192
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 00:30
Last Modified:22 Mar 2017 00:30

Repository Staff Only: item control page